214) SAMPAH HARAM DI TAPAK SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPUNG PENDAMAR, PELABUHAN KLANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang telah diambil terhadap pihak yang membuang sampah secara haram di tapak Sekolah Menengah Kampung Pendamar?
-
Bilakah PTG akan memulihkan semula tanah tersebut yang sehingga kini masih belum dipulihkan sehingga menyebabkan kacau ganggu terhadap penduduk setempat?
214) PASUKAN TASK FORCE TANAH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah Matlamat dan peranan utama pasukan tersebut ?
-
Sila huraikan keberkesanan pasukan tersebut dalam konteks membantu menyelesaikan masalah tanah yang kritikal ?
-
Sila nyatakan apakah perancangan KNS untuk memperkasakan peranan pasukan tersebut ?
214) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah program JOM Shopping bagi peserta SMUE sudah tidak diadakan?
-
Apakah Kerajaan Negeri bersedia mempertimbangkan bayaran RM500.00 kepada peserta SMUE sementara baki RM2,000.00 dibuat kepada keluarga waris selepas kematian?
-
Berapakah bilangan peserta SMUE sehingga bulan Disember 2015 ?
214) PROGRAM SELVAX INDUSTRI, SELVAX KOMUNITI, IMUNISEL
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah kesulitan dan punca kelewatan Kerajaan Selangor melaksanakan program Selvax Industri, Selvax Komuniti, Imunisel semenjak kesemua program ini diumumkan untuk menangani pandemik COVID-19 di Selangor?
214) TANAH RUNTUH DI BUKIT ANTARABANGSA
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Adakah perkembangan terbaru terhadap siasatan yang dijalankan terhadap kes tanah runtuh Bukit Antarabangsa?
-
Adakah kerajaan Selangor akan mengekalkan larangan membangun kawasan bukit memandangkan terdapat cadangan daripada Kerajaan Persekutuan untuk memansuhkan larangan ini?
214) GUNUNG NUANG
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini bagi pelancongan di kawasan gunung Nuang?
-
Apakah sudah kerajaan sudah membukanya secara rasmi kepada pengunjung?
214) JALAN ALTERNATIF DARI HOSPITAL SUNGAI BULOH KE KAMPUNG SRI INDAH A, SUNGAI BULOH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
-
Apakah status perkembangan terkini projek jalan ini yang sepatutnya disiapkan pada 9 September 2024?
-
Apakah isu yang dihadapi oleh kontraktor kerana masih belum disiapkan sehingga kini?
-
Apakah tindakan yang dilakukan untuk mengatasi masalah kelewatan yang berlarutan sehingga kini?
214) MASALAH KEBAKARAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Jelaskan perkembangan terkini cara mengawal kebakaran di Johan Setia dan apakah tindakan yang telah diambil pada mereka yang terlibat ?
214) PERUNTUKAN PEBT
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah peruntukan PeBT sekarang dapat melaksanakan program- program belia terutama di DUN yang mempunyai bilangan belia yang ramai ?
214) PANGSAPURI NADAYU SUBANG MURNI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Mulut
-
Mengapakah projek ini masih lagi belum selesai?
-
Apakah tindakan kerajaan terhadap pemaju bagi menjamin nasib pembeli dapat di bela?
-
Bilakah tarikh terbaru bagi proses serahan kunci dapat dilakukan?