214) PROGRAM SELVAX INDUSTRI, SELVAX KOMUNITI, IMUNISEL
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah kesulitan dan punca kelewatan Kerajaan Selangor melaksanakan program Selvax Industri, Selvax Komuniti, Imunisel semenjak kesemua program ini diumumkan untuk menangani pandemik COVID-19 di Selangor?
214) MASALAH KEBAKARAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Jelaskan perkembangan terkini cara mengawal kebakaran di Johan Setia dan apakah tindakan yang telah diambil pada mereka yang terlibat ?
214) PERUNTUKAN PEBT
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah peruntukan PeBT sekarang dapat melaksanakan program- program belia terutama di DUN yang mempunyai bilangan belia yang ramai ?
214) PANGSAPURI NADAYU SUBANG MURNI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Mulut
-
Mengapakah projek ini masih lagi belum selesai?
-
Apakah tindakan kerajaan terhadap pemaju bagi menjamin nasib pembeli dapat di bela?
-
Bilakah tarikh terbaru bagi proses serahan kunci dapat dilakukan?
214) CARUMAN TABUNG ANAK WARISAN SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 2008, tempoh simpanan selama 18 tahun dengan nilai matang simpanan berjumlah RM1,500.00 seorang. Adakah Kerajaan Negeri ada kemampuan untuk menunaikan program ini menjelang 2026 nanti? Bagaimana?
214) JALAN ALTERNATIF DARI HOSPITAL SUNGAI BULOH KE KAMPUNG SRI INDAH A, SUNGAI BULOH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
-
Apakah status perkembangan terkini projek jalan ini yang sepatutnya disiapkan pada 9 September 2024?
-
Apakah isu yang dihadapi oleh kontraktor kerana masih belum disiapkan sehingga kini?
-
Apakah tindakan yang dilakukan untuk mengatasi masalah kelewatan yang berlarutan sehingga kini?
214) PENTERNAKAN BABI MODEN DI SEPANG
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Pencemaran akibat daripada ternakan berselerak tidak dapat dinafikan lagi. Terangkan apakah pencemaran tersebut
-
Penyelesaian telah dilulus oleh mesyuarat EXCO satu ketika dahulu dengan "penternakan babi moden", mengapa tidak dilaksanakan?
214) PEMBANGUNAN SEMULA BANDAR
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terbaru program pembangunan semula bandar dan apakah faktor-faktor yang melambatkan perjalanan program ini?
-
Adakah kerajaan juga membangunkan semula kampung-kampung baru Cina di kawasan bandar di mana kampung baru ini semakin usang dan perlu dibangun semula?
214) LAPORAN SALAHLAKU PENJAWAT AWAM
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Nyatakan carta alir jika terdapat aduan atau laporan salah laku terhadap manamana penjawat awam dalam negeri?
-
Berapakah penjawat awam yang telah dikenakan tindakan disiplin dan kesalahan yang dilakukan sejak 2008 sehingga kini?
214) STATUS PROGRAM INISIATIF KEMAHIRAN TEKNIKAL DAN IKHTISAS SMART SELANGOR (IKTISASS)
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah status dan jumlah penglibatan di dalam Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) dan apakah ukuran kejayaan program ini?