213) PROGRAM PEMASANGAN LAMPU SOLAR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi
Kategori: Mulut
-
Apakah ada tambahan bagi program pemasangan lampu solar?
213) JAWATAN KONTRAK AHLI MAJLIS, JKKK
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Dalam konteks penambahbaikan Kerajaan apakah langkah-langkah yang diambil bagi jawatan-jawatan kontrak seperti Ahli Majlis, JKK dan lain-lain supaya dapat memainkan peranan yang sebenar dalam membawa mesej Kerajaan?
213) LESEN MENDUDUKI TANAH SEMENTARA (TOL)
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Pejabat Tanah Sepang telah membatalkan TOL kepada pengusaha yang telah mengusahakan tanah sejak beberapa lama. Apakah perancangan kerajaan ke atas tanah tersebut?
-
Apakah bantuan ganti rugi atau bantuan yang diberi kepada mereka yang kehilangan mata pencarian?
213) KUATERS JKR YANG TERBIAR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan lokasi dan jumlah unit kuarters pekerja Jabatan Kerja Raya Selangor yang terbiar tidak dihuni oleh pekerja di DUN Telok Datok, Apalah perancangan JKR untuk kuarters terbiar dan tidak diselenggarakan semula?
213) PREMIUM TANAH DI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah kadar premium bagi tanah-tanah pajakan dalam negeri Selangor?
-
Apakah syarat premium dan tempoh perlaksanaannya?
213) JALAN ROSAK TERUK DI JALAN ACOB DI SEMPADAN DAERAH KLANG DAN KUALA SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Bilakah jalan berkenaan yang rosak teruk akan di perbaiki atau di turap semula?
213) PELUANG PEKERJAAN DAN HARTANAH
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Bandar Baru Bangi mempunyai polisi mengutamakan dari segi peluang pekerjaan dan membeli hartanah kepada penduduk tempatan. Sejauh manakah pihak pengusaha hartanah terutama PKNS berunding dengan Wakil Rakyat dan Persatuan penduduk bagi memberi keutamaan penduduk setempat memiliki hartanah, khususnya premis kedai?
-
Berapakah jumlah bangunan komersil Ð termasuk kilang di Bandar Baru Bangi?
-
Berapakah jumlah dan peratusan pemilikan yang dijual kepada pembeli tempatan?
213) eTV SELANGORKU
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini program eTV Selangorku dan bilakah eTV Selangorku akan diperkembangkan di seluruh negeri Selangor?
-
Berapakah bayaran yang perlu dibayar kepada eTV di bawah program ini dan adakah program ini juga akan ditonton di televisyen oleh penonton-penonton eTV di rumah?
213) FATWA NEGERI SELANGOR DICABAR DAN STATUSNYA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah fatwa Negeri Selangor yang dicabar di mahkamah dan apakah status yang belum selesai?
213) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan secara terperinci apakah status terkini penstrukturan industi tersebut?
-
Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi sehingga tarikh memuktamadkan Perjanjian tersebut masih tertangguh?
-
Sila nyatakan apakah implikasi penstrukturan tersebut terhadap Skim Pemberian Air Percuma dan kenaikan Tarif air?