213) PEMBINAAN JAMBATAN DI PEKAN KUNDANG YANG TELAH UZUR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Adakah ada perancangan Kerajaan Negeri untuk pembinaan jambatan di Pekan Kundang yang telah uzur yang dikhuatiri akan mendatangkan bahaya kepada pengguna?
213) PENAMBAHBAIKAN INFRASTRUKTUR ASAL DI KAWASAN PEMBANGUNAN BARU YANG PADAT
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah terdapat skop penambahbaikan terhadap infrastruktur asal di dalam Pelan Kebenaran Merancang / Pelan Infrastruktur dalam usaha Kerajaan Negeri memastikan pembangunan infrastruktur yang sedia ada selaras dengan pembangunan perumahan yang baru?
213) PADI TEMPATAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang bagi membenarkan pesawah memproses sendiri padi tempatan bagi memenuhi keperluan tempatan sekali gus melonggarkan keperluan lesen dan permit berkaitan?
-
Sejauh manakah penguatkuasaan pihak berwajib bagi mengelak perbuatan segelintir pesawah yang menyewakan (atau memajak) petak sawah mereka kepada warga asing?
213) JARINGAN HIJAU
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah status dan seterusnya tindakan ke atas Kajian Model Jaringan Hijau di tiga buah kawasan kediaman kos rendah untuk tingkatkan akses kepada kemudahan awam bagi penghuni pangsapuri berkaitan?
213) KAMPUNG CONTOH
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan negeri masih meneruskan pertandingan kampung contoh di Negeri Selangor sebagai perangsang kepada usaha menjaga kebersihan?
-
Apakah kriteria yang digunakan untuk mengiktiraf sesebuah kampung itu sebagai kampung contoh?
213) WIFI SMART SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah kesan pemasangan 2,500 hotspots WiFi Smart Selangor kepada rakyat? Senaraikan 2,500 hotspots mengikut DUN.
213) TEKNOLOGI DAN PERALATAN BENCANA TANAH RUNTUH/ MENDAP
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam menyediakan peralatan berteknologi tinggi untuk mengesan pergerakan awal tanah untuk mencegah berlakunya kejadian tanah runtuh atau mendap di kawasan yang berpotensi tinggi dan sederhana di Selangor khususnya di Hulu Selangor dan Batang Kali?
213) PENGAMBILAN TANAH-TANAH DAN NASIB PARA PEKERJA DI LADANG ATAU ESTATE
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat pengambilan tanah-tanah ladang atau estet oleh pemaju-pemaju swasta?
-
Adakah tuan-tuan tanah dan ladang yang menyebabkan para pekerja ladang kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan mereka akibat kemajuan memberi bayaran ganti rugi bagi pembelian rumah untuk para pekerja ladang tersebut?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi tindakan beberapa tuan punya ladang yang menyebabkan pekerja-pekerja mereka menjadi setinggan dan sebagainya selepas mereka menjual ladang kepada pihak pemaju perumahan ini?
213) KENDERAAN TERBENGKALAI
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Nyatakan usaha kerajaan dalam menangani masalah kenderaan terbengkalai yang semakin membimbangkan walaupun pelbagai usaha digiatkan ?
213) TAHAP KEBERSIHAN AWAM
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Tahap kebersihan awam kian menurun dalam tempoh PKP? Apakah usaha Kerajaan Negeri bersama KDEB bagi mengatasi masalah ini?
-
Masalah longgokkan sampah di kawasan pembuangan sampah haram kian meningkat berikutan lambakan penjaja, apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri?