21) SKIM SMART SEWA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Mulut
-
Apakah pencapaian terkini program Skim Smart Sewa?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah baik program ini dengan meluaskan jaringan kawasan lain di Negeri Selangor termasuk kawasan Lembah Jaya?
21) MAKAM SAIYID MASHOR DI KERLING
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Makam Saiyid Mashor di Kerling telah diwartakan sebagai tapak warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Jika ya, nyatakan butir-butir.
-
Status terkini kerja-kerja konservasi dan naik taraf Makam Saiyid Mashor tersebut.
-
Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membangunkan Makam Saiyid Mashor sebagai tempat warisan sejarah yang mudah dikunjungi oleh pelancong memandangkan jalan keluar-masuk ke makam tersebut kurang lengkap dan tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan?
21) SISTEM PINJAMAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR (PEDULI SISWA)
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Mulut
-
Nyatakan implikasi kewangan Pinjaman Boleh Ubah Dalam dan Luar Negara dari 2017 hingga kini?
-
Apakah kadar bayar balik untuk Pinjaman Boleh Ubah dari peminjam-peminjam yang sudah tamat belajar dan bekerja?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan peminjam-peminjam membayar-balik dengan tuntas?
21) APLIKASI I ADUAN OLEH PBT
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah keberkesanan aplikasi di laman web PBT seperti i-Kajang, STARS aduan dan lain-lain digunakan sepenuhnya oleh Rakyat membuat aduan dan masalah kawasan setempat?
-
Sila nyatakan jumlah aduan sampah, jalan rosak dan longkang sumbat dari Tahun 2015 sehingga kini menggunakan sistem aduan STARS Majlis Daerah Kuala Langat.
21) PRESTASI KEWANGAN KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD (KDEB)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi kewangan KDEB yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai pada tahun 2014?
-
Adakah prestasi kewangan ini terbaik sepanjang penubuhannya?
21) GAJI KERANI KAWASAN
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk meningkatkan kadar gaji yang diterima oleh Kerani Kawasan di setiap DUN selepas hampir 9 tahun tiada perubahan?
-
Bilakah perancangan tersebut dapat dilaksanakan?
21) GREATER KL
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Projek Greater KL yang bernilai berbilion ringgit telah melancarkan Kerajaan Persekutuan yang antaranya meliputi pembangunan kawasan Lembangan Sungai Klang. Apakah Greater KL menepati perancangan kerajaan negeri sebelum ini?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri dapat bersama untuk menjayakan hasrat tersebut?
-
Siapakah yang bertanggungjawab untuk menarik pelaburan bagi pembangunan di kawasan ini?
21) AIR TIDAK TERHASIL
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapakah peratusan kadar kehilangan air tidak terhasil (NRW) sekarang?
-
Berapakah sasaran NRW yang diletakkan setelah KNS mengambil alih pengurusan air?
-
Bilakah jangkaan NRW yang ditetapkan ini akan tercapai? Bagaimana?
21) LANDSCAPING YANG MEMBURUKKAN IMEJ PBT
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah diambil oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan taraf landscaping di kawasan PBT?
-
Adakah kerajaan negeri sanggup menggadaikan imej PBT demi penjimatan perbelanjaan dan meningkatkan simpanan kerajaan negeri?
21) KUTIPAN HASIL PASIR
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah hasil pasir yang dikutip oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd pada tahun 2008-2011?
-
Berapakah hasil royalti yang diterima oleh Kerajaan Selangor daripada hasil jualan pasir sepanjang 2008-2011 ?
-
Ke manakah wang royalti tersebut digunakan?