212) SUKAN TRADISONAL GASING KAMPUNG LABOHAN DAGANG
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha kerajaan negeri untuk mempertingkatkan permainan tradisional sukan gasing?
-
Bagaimana kerajaan negeri mempromosikan warisan budaya tradisional?
212) KEBERSIHAN PELABUHAN KLANG
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Pelan tindakan segera dan jangka panjang oleh Majlis Perbandaran Klang dan semua pihak berkuasa berkenaan lain bagi menyelesaikan isu pembuangan sisa pepejal secara haram yang semakin meruncing di perairan Pelabuhan Klang terutama di sekitar Tanjung Harapan, Pelabuhan Utara (North Port).
212) BANTUAN KEPADA PENGUSAHA BAS PERSIARAN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Bidang pelancongan termasuk pengusaha bas persiaran antara yang paling terjejas dalam pandemik COVID-19, apakah bantuan daripada Kerajaan Negeri kepada mereka?
212) PENDAFTARAN PUSAT TAHFIZ DI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pendaftaran Pusat-Pusat Tahfiz swasta dan persendirian di Selangor?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk terus memperkasakan Pusat Tahfiz tersebut?
212) PEMOTONGAN BEKALAN ELEKTRIK OLEH TNB
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah usaha Kerajaan Negeri bagi mewujudkan satu kerjasama yang lebih berkesan di antara TNB dan PBT dalam isu pemotongan bekalan elektrik terutama di jalan-jalan utama berhampiran kawasan kediaman penduduk.
212) DISKAUN PEMBELIAN RUMAH BUMIPUTERA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jenis rumah yang masih memiliki diskaun pembelian bumiputera dan jumlahnya?
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat menghapuskan diskaun bumiputera bagi mewujudkan konsep sama rata kepada pembeli?
212) BANJIR KILAT DI FASA 1, BANDAR BARU SUNGAI BULOH. (KOORDINAT 3.221775, 101.563373)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
-
Apa perancangan bagi mengatasi masalah banjr kilat yang kerap berlaku di kawasan ini?
-
Nyatakan tempoh bilangan penyelenggaraaan sungai dan monsun drain di sekitar kawasan tersebut pada tahun 2023 dan 2024.
212) PINJAMAN MIKROKREDIT
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan anggota-anggota yang menyertai Jawatankuasa Pinjaman Mikrokredit yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Selangor dan berapakah jumlah wang yang diperuntukkan bagi memulakan program pinjaman mikrokredit ini?
-
Siapakah golongan sasaran yang layak mendapatkan pinjaman mikrokredit dan apakah syarat-syarat yang ditentukan bagi membolehkan mereka yang layak meminjam?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan mereka yang mendapat pinjaman dapat memanfaatkannya dengan sebaiknya dan seterusnya memulangkan wang yang telah dipinjam?
212) BIAYA SISWA KUIS & UNISEL
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah penerima biaya siswa ini sepanjang tahun 2015?
-
Berapakah jumlah yang diterima oleh setiap pelajar?
-
Berapakah jumlah keseluruhan yang telah disalurkan?
212) PERUNTUKAN JALAN RAYA DI JALAN-JALAN KAMPUNG
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Adakah ada tambahan peruntukan untuk jalan-jalan raya dikawasan kampung khususnya di DUN Morib?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menambah baik jalan-jalan kampung ini yang sebahagiannya tidak diturap sepenuhnya?
-
Berapa lamakah jika permohonan untuk menurap jalan ini dapat dilaksanakan?