211) AKHBAR SELANGOR KINI
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan proses pembikinan akhbar Selangor Kini dari mendapatkan berita sehingga ia diedarkan kepada rakyat?
-
Berapakah peruntukan bagi menjayakan pelaksanaan akhbar ini sejak ia dilaksanakan sehingga kini mengikut tahun?
211) MASALAH KERJA PENYELENGGARAAN MAJLIS
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Rakyat memaklumkan tiada penyelenggaraan longkang-longkang, di kawasan Taman Perumahan, kampung-kampung yang berada di kawasan Majlis, lampu jalan yang gelap di kawasan taman-taman perumahan Kg Air Panas dan Kg Pasir Kerling. Keadaan ini menyebabkan longkang-longkang yang tersumbat menjadi pembiakan nyamuk aedes, lampu jalan yang gelap di waktu malam membahayakan keselamatan penduduk. Apakah tindakan Kerajaan Negeri mengatasi masalah tersebut?
-
Berapakah kos atau bajet yang di sediakan oleh Kerajaan Negeri dan berapa banyak kontraktor yang telah di lantik bagi menjalankan penyelenggaraan?
-
Bolehkah senarai pemborong penyelenggaraan diumumkan kepada rakyat supaya dapat dipantau oleh penduduk?
211) TANAH LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (TOL)
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah keluasan tanah TOL dari 2017 hingga 2019 mengikut daerah?
-
Nyatakan jumlah keluasan tanah TOL yang ditarik semula oleh Kerajaan Negeri pada 2018?
211) MASALAH HAIWAN LIAR DI IJOK
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang telah di ambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah kerosakan harta dan kesihatan masyarakat disebabkan oleh monyet dan anjing liar di Ijok?
211) TERDAPAT TANAH-TANAH DIBERI KEPADA PIHAK BERKUASA TANAH PERSEKUTUAN (PTP) UNTUK TUJUAN PEMBANGUNAN KEMUDAHAN AWAM SEPERTI SEKOLAH, HOSPITAL, BALAI POLIS DAN SEBAGAINYA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapa ekar tanah telah dipindah milik kepada PTP dalam masa 15 tahun yang lalu?
-
Berapa ekar tanah yang diberi kepada PTP, tetapi tidak dimajukan, senaraikan mengikut daerah?
-
Berapa ekar tanah yang diberi kepada PTP telah dijual kepada pihak ke 3
211) PEMBANGUNAN SEMULA KAWASAN PERUMAHAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan dan langkah Kerajaan Negeri Selangor dalam perlaksanaan pembangunan semula terutamanya di kawasan perumahan bandar yang telah berusia 50 tahun dan ke atas?
-
Apakah cabaran dan halangan yang akan dihadapi dan cara mengatasinya?
211) BANJIR KILAT DI KAWASAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) ZAHIDIAH, SUNGAI BULOH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi isu banjir kilat di sekolah tersebut?
-
Nyatakan tempoh bilangan penyelenggaraaan saliran air di sekitar sekolah tersebut pada tahun 2023 dan 2024?
-
Apakah perancangan agar banjir seperti ini tidak akan berulang?
211) AKHBAR SELANGORKINI
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Bilakah Selangorkini akan diterbitkan di dalam bahasa Cina dan Tamil kerana kaum Cina dan India kurang faham Bahasa Malaysia mereka juga ingin mengetahui perkembangan dan kemajuan Negeri Selangor
-
Apakah rancangan penerbit Selangorkini supaya lebih menarik dan berinformasi?
211) PERPARITAN – DI DUN IJOK PADA MUSIM HUJAN TERDAPAT KAWASAN BANJIR DAN BILA MUSIM PANAS AIR BERTAKUNG DI PARIT-PARIT DAN LONGKANG-LONGKANG, HINGGA MEMBAWA WABAK DENGGI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah garis panduan (SOP) untuk mengendalikan parit-parit dan longkanglongkang di PBT dan kampung-kampung?
-
Di harap Kerajaan Negeri memberi penjelasan mengapa tiada peruntukan untuk Pembangunan & Pengurusan 2016 JPS di Ijok walaupun kawasan sering dilanda banjir dan banyak kes demam denggi?
211) BANDAR BARU BANGI MEMERLUKAN SEBUAH `CONVENTION CENTRE`
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang mendirikan `Convention Centre` ini di Bandar Baru Bangi?
-
Dapatkah diterima lokasi `Convention Centre` ini di sekitar kawasan Tasik Cempaka?
-
Apakah konsep `Convention Centre` yang dicadangkan?