211) TAPAK SURAU DIJADIKAN TAPAK BERNIAGA
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah tempoh tapak surau yang telah diluluskan pembinaan surau di atasnya?
-
Apakah tindakan JAIS memastikan pembinaan surau dijalankan dan tidak disalahgunakan untuk tujuan lain?
-
Apakah status pembinaan Surau Istiqlal di tapak yang baru di Jalan PJS 1/25?
211) SKIM PERPAIPAN AIR BERSEPADU (IWSS)
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Mohon menyatakan jumlah projek pemasangan paip air di bawah Skim Perpaipan Air Bersepadu (IWSS) mengikut PBT di Selangor.
-
Siapakah pihak berkuasa yang bertanggungjawab selaku agensi pemantau?
-
Berapakah kos yang dibiayai oleh pemaju dan adakah Kerajaan menerima apa-apa bayaran daripada pemaju?
211) AKHBAR SELANGOR TIMES
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah peranan utama Akhbar tersebut ?
-
Sila perjelaskan apakah punca utama penerbitan Akhbar tersebut diberhentikan ?
-
Sila nyatakan secara detail apakah tindakan yang bakal dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu penerbitan semula Akhbar tersebut dalam bentuk dan format yang sama ?
211) BAJET SELANGOR 2015
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah perbelanjaan berdasarkan bajet 2015 yang telah dilaksanakan mengikut bidang?
-
Nyatakan senarai projek yang telah dilaksanakan?
211) MASALAH PASAR BESAR KLANG
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan MPK bagi menghapuskan peniaga asing dan mengalibabakan lesen perniagaan?
-
Apakah masalah yang besar, yang dihadapi oleh MPK bagi menguruskan pasar ini kepada yang lebih baik?
211) LEBUHRAYA EKVE
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Agensi manakah yang akan memastikan projek pembinaan Lebuhraya EKVE siap mengikut jadual? Bilakah pembinaan tersebut dijangka siap?
211) TERDAPAT KILANG-KILANG HARAM DIBINA DITEPI SUNGAI TELAH MENYEBABKAN PENCEMARAN AIR SUNGAI
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak kilang-kilang haram telah dibina dipinggir-pinggir Sungai di Negeri Selangor?
-
Apakah jenis-jenis kilang haram yang masih beroperasi di tepi sungai?
-
Apakah tindakan tegas Kerajaan untuk menutup kilang-kilang haram ini?
211) PREMIS UZUR MPK
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Adakah sebarang perancangan untuk penaiktarafan Gerai Makanan Pekan Kapar yang sudah uzur?
-
Bagaimana pula dengan gerai-gerai PLB agar lebih berdaya saing? Berapakah bilangannya di Daerah Klang khasnya DUN Sementa? Senaraikan.
211) PROGRAM KASIH IBU SMART SELANGOR – KISS
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Adakah program Kasih Ibu Smart Selangor KISS akan diteruskan memandangkan keadaan kewangan negara yang terbeban dengan jumlah hutang yang tinggi?
-
Berapakah jumlah penerima sejak dilancarkan dan berapakah kos yang telah dibelanjakan sepanjang program tersebut dilaksanakan?
211) JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK)
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Persekutuan akan melantik ahli-ahli satu lagi jawatankuasa yang fungsinya sama dengan JKKK. Apakah perbezaan bidang tugas kedua-dua jawatankuasa ini serta langkah-Iangkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk mengelakkan kekeliruan yang wujud di kalangan rakyat?
-
Apakah dasar kerajaan mengenai pelantikan dan pemilihan JKKK?
-
Pentadbiran negeri sebelum ini tidak memerlukan JKKK untuk menyerahkan laporan aktiviti dan belanjawan kewangan tahunan. Apakah dasar kerajaan negeri bagi memastikan ketelusan dalam pentadbiran JKKK?