210) MEMPERBANYAKKAN BAZAAR/MEDAN NIAGA BAGI MENGGALAKKAN GOLONGAN MISKIN MENCEBUR DIRI DALAM PERNIAGAAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan lebih banyak bazar atau medan niaga dan khidmat nasihat bagi menggalakkan golongan miskin mencebur diri dan berjaya dalam perniagaan?
-
Jika ya, mohon nyatakan program pelaksanaannya?
-
Jika tidak, apakah rancangan alternatif Kerajaan?
210) KADAR LIPUTAN INTERNET
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah kadar liputan internet di Negeri Selangor mengikut pecahan PBT?
-
Apakah langkah-langkah yang dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kadar dan kelajuan liputan internet bagi memudahkan urusan rakyat?
-
Agensi manakah yang bertanggungjawab untuk memantau dan merancang kadar liputan internet?
210) PEMBERIMILIKAN TANAH BAWAH SEKSYEN 76 KTN BAGI PENDUDUK SETINGGAN & PENEROKA BANDAR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Bertulis
-
Pemberimilikan tanah bawah seksyen 76 KTN bagi penduduk setinggan & peneroka bandar. Sejauhmana Kerajaan Negeri serius menangani perkara ini dan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menangisi isu ini?
-
Apakah kerajaan menangani perkara di atas bagi mereka yang asnaf atau tidak mampu untuk mengikuti pelan yang direncanakan serta apa pelan Kerajaan Negeri berkenaan perkara ini?
210) PENGGUNAAN AIR YANG TIDAK TERKAWAL
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Adakah operasi kempen jimat air yang dilancarkan baru-baru ini dapat memberi manfaat kepada Kerajaan Negeri?
-
Berapa jangkaan meter padu air yang dapat dijimatkan dan berapa lama tempoh penjimatan ini?
210) PENERIMAAN BANTUAN ZAKAT
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah penerima bantuan zakat mengikut daerah?
-
Berapakah jumlah yang diterima setiap seorang mengikut kategori?
-
Apakah kriteria yang menyebabkan penerima zakat sedia ada diberhentikan?
210) PEMBINAAN RUMAH KOS RENDAH ATAU MAMPU MILIK
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan projek - projek Rumah Selangorku yang masih dalam pembinaan (semasa) dan projek - projek yang dalam perancangan mengikut daerah.
-
Berapakah bilangan pemohon yang masih menunggu giliran?
210) KONVENSYEN ANTARABANGSA MENGENAI PENGHAPUSAN SEGALA BENTUK DISKRIMINASI KAUM (ICERD)
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Nyatakan pendirian Kerajaan Negeri Selangor ke atas tindakan kerajaan Persekutuan mahu meratifikasi ICERD yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan di Jabatan Perdana Menteri?
210) PENCEGAHAN MASALAH BANJIR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan Selangor dalam usaha mendalamkan dasar Sungai Sepang untuk mencegah masalah banjir di Pekan Sepang?
210) PAKEJ KITA SELANGOR 2.0
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pelaksanaannya sehingga kini?
-
Apakah rasionalnya ujian saringan COVID-19 Komuniti Fasa 3 di kawasan industri serta kilang?
210) PENGHARAMAN ROKOK ELEKTRONIK (VAPE)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri masih meluluskan lesen premis perniagaan untuk pengusaha menjual rokok elektronik (vape) di Selangor?
-
Berapakah lesen permit yang telah diluluskan di setiap PBT?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mengharamkan penjualan vape di Selangor?