210) AGENDA WANITA MALAYSIA DI PERINGKAT NEGERI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri telah melaksanakan Agenda Wanita Malaysia yang mana di bawah bidang kuasa Negeri dan bagaimana dengan perancangan tahun 2014 di DUN Teratai?
-
Berapakah peruntukan 2013 yang telah diagihkan untuk melaksanakan Agenda Wanita Malaysia, di peringkat negeri dan di peringkat DUN Teratai?
210) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah projek perumahan era Barisan Nasional yang masih terbengkalai di Selangor dan apakah status semasa setiap projek tersebut? Bagaimanakah cara penyelesaiannya?
-
Memandangkan Pilihanraya Umum Ke-14 semakin hampir, adalah amat baik sekiranya pihak kerajaan dapat menyelesaikan sedikit sebanyak projek-projek tersebut kerana perkara itu akan memberi kelebihan kepada pihak Kerajaan sekarang untuk meneruskan kecemerlangan untuk musim akan datang.
210) SURAU TAQWANIAH KAMPUNG PAYA JARAS HULU
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Bilakah pembayaran dapat dilakukan sepenuhnya dan menjadikan tanah tersebut tapak surau yang sah ?
210) MANIFESTO PRU13
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini pelaksanaan manifesto Pakatan Rakyat PRU 13?
-
Nyatakan penambahbaikan yang berjaya dilaksanakan daripada manifesto ini.
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan manifesto ini dilaksanakan sepenuhnya sebelum PRU 14?
210) AKAUN JKP DI MPAJ (BUKAN PERUNTUKKAN TETAP AHLI MAJLIS)
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Atas sebab apa MPAJ tidak kemukakan Akaun JKP ( bukan peruntukkan tetap ahli majlis)
-
Pihak manakah boleh menyemak akaun JKP?
210) PEMBENIHAN AWAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah proses pembenihan awan menggunakan teknologi dari Thailand dan berapakah kos yang telah dikeluarkan?
-
Adakah kaedah ini berjaya mencapai matlamatnya?
210) BANJIR KILAT
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan pelan jangka pendek dan jangka panjang dalam menghadapi masalah banjir terutamanya di kawasan berisiko banjir besar.
-
Nyatakan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan dalam membantu mangsa banjir besar di Selangor baru - baru ini.
210) JUDI HARAM DISEBALIK LESEN PUSAT HIBURAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah mekanisma, kaedah dan syarat-syarat yang diambil kira dalam memberi kelulusan lesen-lesen Pusat Hiburan oleh PBT?
-
Adakah Kerajaan Negeri telah membuat penguatkuasaan yang tegas dalam membenteras pusat judi haram dan memantau aktiviti pelesen pusat hiburan?
210) BANJIR KILAT
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang sedang dan akan diambil oleh kerajaan negeri bagi menangani masalah banjir kilat seperti yang sering berlaku di Shah Alam, Batu Caves dan Hulu Langat?
210) PROJEK PEMBANGUNAN DI DUN TERATAI
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan semua projek pembangunan di DUN Teratai. Sila nyatakan berapakah tingkat rumah atau kedai dan fasiliti yang disediakan.