209) INFRASTRUKTUR JALAN DAN LAMPU SOLAR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
-
Berapa jumlah lampu solar di DUN Sungai Panjang dan nyatakan kawasan yang telah dipasang serta dalam perancangan untuk dipasang?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri supaya Jalan Persekutuan 5 (Jalan Klang-Teluk) dalam kawasan DUN Sungai Panjang agar segera diserahkan kepada JKR negeri?
209) RUMAH URUT & JUDI
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Berapakah rumah urut yang berlesen dan tidak berlesen yang berada di Gombak Setia dan apakah syarat-syarat operasi rumah urut?
-
Berapakah pusat judi yang masih beroperasi di Gombak Setia?
209) STATUS TERKINI WIFI SMART SELANGOR & BANTUAN AKSES INTERNET KE SEKOLAH-SEKOLAH YANG LEBIH BAIK
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Bertulis
-
Difahamkan Wifi Smart Selangor akan ditamatkan. Apakah status terkini mengenainya. Bagaimana pula status terkini projek Wifi Smart Selangor yang bekerjasama dengan PPAS & SMARTSEL Sdn. Bhd?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Keraajaan Negeri untuk memastikan membantu sekolah-sekolah mendapatkan akses internet yang lebih baik dan bukan sekadar 30 mbps?
209) PENGAGIHAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan usaha kerajaan terhadap pengagihan sisa pepejal.
-
Nyatakan tarikh kerajaan sasarkan untuk mewajibkan pelaksanaan pengagihan sisa pepejal di seluruh neger
209) BAHASA PAPAN IKLAN
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah statistik aduan dan kesalahan menurut Undang-undang kecil iklan dan Garis Panduan Papan Iklan mengikut PBT-PBT?
-
Apakah langkah untuk memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan di papan-papan iklan?
209) PENGAMBILALIHAN ASET DAN PENGURUSAN INDUSTRI AIR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Bilakah perjanjian pengambilalihan pengurusan industri air akan dimuktamadkan sepenuhnya?
-
Berapakah jumlah kos yang terpaksa ditanggung kerajaan akibat kelewatan memuktamadkan pengambilalihan aset dan pengurusan air ini?
-
Apakah kesan terhadap pengambilalihan tersebut kepada rakyat?
209) JALAN RAYA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor
Kategori: Mulut
-
Berapa peruntukan membaiki dan menaiktaraf jalan raya telah disalurkan dari 2016-2018? Senaraikan mengikut PBT
-
Bagaimana kerajaan mengatasi jalan kerap pecah dan berlubang? Apakah ada usaha-usaha menggunakan bahan lebih baik bagi mengatasi masalah yang dinyatakan?
209) RANCANGAN KAWASAN KHAS KAMPUNG SUNGAI PUSU 2020
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini Rancangan Kawasan Khas Kampung Sungai Pusu 2020?
-
Sila nyatakan secara terperinci berapakah jumlah dan nama projek yang berjalan lancar dan projek yang lewat dari jadual?
209) PARAS GARIS KEMISKINAN DI SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah paras garis kemiskinan di Selangor ketika ini?
-
Adakah data maklumat secara integrasi yang boleh dirujuk untuk program bantuan kepada yang memerlukan?
209) MEMPERBAIKI STADIUM SHAH ALAM
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah pendirian Kerajaan terhadap dakwaan kos membaiki stadium tersebut memakan belanja RM787 juta. Berapakah kos sebenar dan dari manakah sumber dana tersebut?