207) PEMINDAHAN LOKASI DAN PENAIK TARAFAN KLINIK DESA PUNCAK ALAM
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memindahkan dan menaik taraf Klinik Desa Puncak Alam yang telah sekian lama beroperasi di kawasan rumah teres dan tidak dapat menampung jumlah pesakit yang begitu ramai dari Bandar Puncak Alam sendiri?
207) KERETA RASMI EXCO
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah bilangan dan kos sebenar pembelian kereta Toyota Camry oleh Kerajaan Negeri untuk kegunaan rasmi?
-
Sila nyatakan apakah kriteria yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri semasa dalam proses pembelian kereta tersebut?
-
Sila perjelaskan kenapa terdapat desas-desus khususnya dari pihak pembangkang yang menuduh pihak Kerajaan Negeri tidak telus dan tidak mematuhi peraturan dalam proses pembelian kereta Toyota Camry
207) PENCEMARAN PARIT DAN LONGKANG
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Agensi-agensi manakah yang bertanggungjawab ke atas penyelesaian dan penyelenggaraan masalah pencemaran parit-parit dan longkang di kawasan kampung?
207) PELUANG PEKERJAAN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan dan statistik rakyat Selangor yang mengalami kehilangan kerja ketika bermula MCO.
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri bagi membantu golongan yang hilang kerja dan peniaga yang terjejas disebabkan pendemik COVID-19?
207) RUMAH TRANSIT
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri akan menyediakan rumah transit untuk gelandangan sehingga mereka dapat semula pekerjaan dan tempat kediaman?
-
Berapakah jumlah gelandangan yang sudah menerima tempat kediaman serta mendapat pekerjaan?
207) BEKALAN AIR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Di Negeri Selangor, terdapat banyak apartmen dan kondominium yang menghadapi masalah pengurusan dan pemotongan bekalan air sering berlaku. Apakah pandangan dan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk mengelakkan hal ini berlaku?
-
Adakah penghuni-penghuni apartmen dan kondominium juga boleh menikmati bekalan air 20 meter padu pertama secara percuma?
207) DEIG
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban operasi DEIG agar selaras dengan prinsip urustadbir baik?
207) AKTA 672
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini terhadap penerimaan pakai Akta 672 oleh Kerajaan Negeri Selangor?
-
Apakah kelebihan yang dijangkakan sebaik sahaja penerimaan pakai Akta 672 dikuatkuasakan di Selangor?
207) PENDALAMAN DAN PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status projek pendalaman dan pembersihan Sungai Klang?
-
Apakah status pembangunan muka sauk sumber air LRA Sungai Rasau?
207) PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah klasifikasi kes-kes pencerobohan yang berlaku di Selangor?
-
Berapa banyak kes pencerobohan yang diselesaikan dan apakah halangan untuk diselesaikan?
-
Senaraikan kes pencerobohan tanah kerajaan di Daerah Petaling