206) PERBELANJAAN PERUNTUKAN ADUN
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri Selangor telah berjanji akan mempamerkan penyataan terperinci perbelanjaan peruntukan di laman web. Setakat ini berapa orang telah mengunjungi laman web berkenaan ?
-
Adakah penyata perbelanjaan peruntukan yang dipamerkan selaras dengan perbelanjaan yang dilaksanakan ?
206) MASALAH TEMPAT MELETAK KENDERAAN DI STATION LRT 10 PUCHONG PERDANA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah mengatasi permasalahan tempat meletak kenderaan di station LRT 10 Puchong Perdana sedangkan tapak parking dijadikan food court?
206) PENYELARASAN PENGURUSAN BALAIRAYA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah balairaya-balairaya dikatogerikan di bawah jagaan pihak PBT, PTD atau pihak lain?
-
Adakah sistem pengurusan balairaya adalah sama supaya penduduk dapat memohon penyewaan/penggunaan dengan senang? Jika tidak, adakah kerajaan berhasrat untuk mewujudkan satu sistem yang selaras?
206) TENDER PROJEK YANG DIKELUARKAN OLEH MPKJ
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Sebagai sebuah majlis perbandaran, MPKj banyak mengeluarkan tender bagi projek-projek yang diluluskan. Sejauh manakah telusnya pengurusan tender dijalankan?
-
Adakah ahli majlis MPKj 'semasa' mendapat tender dijalankan?
-
Apakah kriteria kontraktor yang dipilih?
207) INSENTIF PERKAHWINAN BELIA
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan penerima Insentif Perkahwinan Belia mengikut DUN dari awal tahun 2020 sehingga kini.
207) BAS SMART SELANGORKU
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan memulakan perkhidmatan Bas Smart Selangor antara Pekan Meru dan Pekan kapar?
207) STATISTIK RUMAH IBADAT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah terkini rumah ibadat mengikut agama yang berdaftar dan tidak berdaftar di Selangor?
-
Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan setiap rumah ibadat di Selangor adalah berdaftar?
207) ANAK ISTIMEWA SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah bantuan kepada anak-anak berkeperluan khas daripada skim Iltizam ANIS?
-
Apakah program kesedaran yang dilaksanakan kepada ibu bapa dll tentang keperluan khas anak-anak istimewa?
-
Berapakah peruntukan tahunan untuk ANIS, siapakah penerima bantuan ANIS?
207) MENAIKTARAF LANDSKAP DI SEKITAR BULATAN SHAH ALAM
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah peruntukan yang dibelanjakan untuk membina landskap di sekitar bulatan Shah Alam
-
Nyatakan secara terperinci, nilai projek, lokasi dan syarikat kontraktor yang terlibat
207) TERNAKAN IKAN AIR TAWAR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah Peruntukan Kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam Tahun 2011 jika ada untuk membantu petani-petani di luar bandar dalam penternakan ikan Air Tawar ?
-
Apakah jenis penternakan Ikan Air Tawar yang dibantu oleh Kerajaan Negeri Selangor jika ada dan jumlah bilangan Pengusaha yang terlibat mengikut Daerah di Negeri Selangor ?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri Selangor membantu untuk memasarkan pengeluaran ikan air tawar petani yang terlibat dalam usaha untuk menambahkan lagi pendapatan mereka?