205) SAHAM AIR SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah rasional dan kaedah pelaksanaan saham ini?
-
Apakah faedah kepada pemilik saham?
-
Adakah skim ini menepati peruntukan akta-akta sedia ada?
205) PERUNTUKAN GERAN SELANGORKU
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan geran Selangorku yang telah digunakan untuk membantu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan gaji minima dan nyatakan GLC berkenaan ?
205) WARGA ASING MENGUASAI PERNIAGAAN KECIL
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Warga tempatan rasa terpinggir dan terancam apabila warga asing semakin ramai berniaga di pasar malam, di tepi jalan, bahkan dalam kedai. Apakah tindakan yang sudah dan akan diambil oleh kerajaan negeri bagi membendung masalah ini?
205) PENYELENGGARAAN JALAN DARI GERAN MARRIS
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah geran MARRIS yang telah digunakan untuk penyelenggaraan jalan di setiap kawasan PBT dari tahun 2012-Jun 2015?
-
Senaraikan kontraktor yang melaksanakan projek mengikut PBT dari 2012-Jun 2015 ?
206) PELANCONGAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan laporan terperinci sumbangan industri pelancongan kepada ekonomi Negeri Selangor seperti jumlah pendapatan, peluang pekerjaan dan lain-lain
-
Adakah pencapaian ini berbeza sebelum dan selepas 2008? Sila sokong jawapan dengan statistik perbandingan.
206) PAIP AIR DI DALAM KAWASAN PERSENDIRIAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Minta dijelaskan bagaimanakah boleh terdapat paip Air Selangor (utiliti awam) di dalam kawasan tanah persendirian projek Emerald 9 di Batu 9 Cheras?
-
Paip ini berulang kali pecah akibat kerja-kerja pemajuan, apakah langkah kerajaan untuk mengelakkan masalah ini daripada berulang?
206) BILIK/KEMUDAHAN PENYUSUAN SUSU IBU
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Berapakah staf kerajaan negeri telah memohon vuti bersalin 90 hari sejak polisi ini dilaksanakan?
-
Adakah agensi kerajaan negeri (termasuk PBT) mempunyai bilik/kemudahan penyusuan susu ibu untuk menggalakkan kaum ibu yang bekerja untuk terus menyusu bayi mereka?
-
Jika ya, sila berikan butir-butir. Jika tidak, adakah kerajaan negeri berhasrat untuk mewajibkan penyediaan kemudahan ini?
206) JALAN MASUK KE EMPANGAN SG TINGGI TERPUTUS
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan memperbaiki jalan masuk ke Empangan Sg Tinggi yang telah lama terputus? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang membuat pengambilan tanah bagi jalan masuk ini yang sekarang hakmiliknya adalah PKPS?
206) STRUKTUR BINAAN LUAR PREMIS (PEPULAU)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan bilangan premis yang dikenalpasti telah membina pepulau di atas tanah kerajaan bagi tujuan perniagaan?
-
Apakah tindakan yang diambil terhadap pihak yang terlibat ini?
-
Nyatakan kawasan-kawasan yang terlibat dengan taklimat penerangan berkaitan larangan pembinaan pepulau ini?
206) KAD PEDULI SIHAT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapa ramai telah berdaftar dalam Skim Peduli Sihat. Senaraikan mengikut kawasan DUN Negeri Selangor?
-
Berapa jumlah peruntukan telah dibelanjakan sehingga kini. Senaraikan mengikut DUN?