205) SAHAM AIR SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah rasional dan kaedah pelaksanaan saham ini?
-
Apakah faedah kepada pemilik saham?
-
Adakah skim ini menepati peruntukan akta-akta sedia ada?
205) PENYELENGGARAAN JALAN DARI GERAN MARRIS
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah geran MARRIS yang telah digunakan untuk penyelenggaraan jalan di setiap kawasan PBT dari tahun 2012-Jun 2015?
-
Senaraikan kontraktor yang melaksanakan projek mengikut PBT dari 2012-Jun 2015 ?
205) PERUNTUKAN GERAN SELANGORKU
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan geran Selangorku yang telah digunakan untuk membantu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan gaji minima dan nyatakan GLC berkenaan ?
205) WARGA ASING MENGUASAI PERNIAGAAN KECIL
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Warga tempatan rasa terpinggir dan terancam apabila warga asing semakin ramai berniaga di pasar malam, di tepi jalan, bahkan dalam kedai. Apakah tindakan yang sudah dan akan diambil oleh kerajaan negeri bagi membendung masalah ini?
205) MENAIK TARAF PASAR WARISAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menaik taraf Pasar Warisan Selayang bagi meningkatkan keselesaan kepada peniaga dan penjaja rata-rata terdiri daripada warga emas?
205) SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR S/B (SYABAS)
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah kriteria yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri dalam menentukan syarikat SYABAS dipilih sebagai konsesi penswastaan bekalan air di Negeri Selangor ?
-
Sila nyatakan adakah Kerajaan Negeri berhasrat menyemak semula kontrak perjanjian bekalan air dengan syarikat SYABAS kerana isi kandungannya ternyata menyebelahi pihak syarikat dan merugikan pihak Kerajaan Negeri ?
-
Sila nyatakan apakah terdapat unsur-unsur penyelewengan dan salahguna kuasa semasa perjanjian tersebut dimeterai ?
205) TEATER SHAH ALAM
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk membina dan membaiki teater Shah Alam ?
-
Siapakah yang diberi tanggungjawab untuk menjaga dan menguruskan bangunan teater tersebut ?
-
Siapakah yang akan bertanggungjawab untuk menguruskan aktiviti-aktiviti dan pengisian teater tersebut serta nyatakan apakah bentuk pengisiannya ?
205) ELAUN STAFF PUSAT KHIDMAT
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Bilakah elaun Staff Pusat Khidmat mahu dinaikkan? Bantu serta hargailah kerana mereka bertugas tidak mengira masa.
205) MASALAH LALULINTAS DI N39 (MBSA: U3,U4,U5,U6; MBPJ: PJU3,PJU4,PJU5)
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Apa aktiviti kerajaan untuk mengatasi masalah lalulintas di sekitar N39 yang sedang dilaksanakan sekarang?
-
Apa rancangan kerajaan untuk mengatasi masalah lalulintas di sekitar N39 pada masa akan datang?
205) ANGGARAN CUKAI TANAH 2011
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah prestasi kutipan hasil tanah sehingga Jun 2011?
-
Jika kutipan tidak menepati anggaran, berapa banyak dan berapa peratuskah kekurangan tersebut?
-
Apakah langkah-langkah yang dirangka oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan kutipan agar menepati anggaran yang ditetapkan?