204) YAYASAN DAR AL QARD AL HASAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek-projek di bawah Yayasan Dar Al Qard Al Hasan pada tahun 2015 dan status pelaksanaannya
-
Senaraikan sumbangan yayasan pada tahun 2015
-
Apakah halatuju dan strategi yayasan pada tahun 2016?
204) JELAJAH EHSAN RAKYAT
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Senaraikan kesemua Jelajah Ehsan Rakyat yang telah dianjurkan di kawasan DUN Banting sejak September 2022 sehingga sekarang dan bilangan ayam, daging lembu, telur, ikan, minyak masak dan beras yang telah dijual serta subsidi yang telah dinikmati oleh rakyat.
204) DATA DAN STATISTIK MYSEJAHTERA
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor kini diberikan sebarang akses kepada data dan statistik yang dikumpul oleh aplikasi MySejahtera?
-
Sekiranya ya, bagaimanakah Ahli Dewan Negeri boleh mendapat akses untuk informasi ini?
204) MAJLIS TINDAKAN PELANCONGAN NEGERI
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) dan adakah majlis ini masih berfungsi sebagai badan pelaksana pelancongan untuk Kerajaan Negeri? Ulaskan
-
Siapakah ahli jawatankuasa untuk MTPN dan berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri masingmasing untuk melaksanakan program pelancongan sejak tahun 2004?
-
Berapakah jumlah peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2009 untuk membantu membangunkan sektor pelancongan Negeri Selangor dan melalui badan manakah wang ini disalurkan?
204) SKIM AIR DARUL EHSAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Tarikh pendaftaran Skim Air Darul Ehsan telah ditutup pada 31 Disember 2019. Bilakah Kerajaan Negeri akan mengumumkan tarikh pendaftaran baru kepada pemohon yang layak untuk mendaftarkan diri di bawah Skim Air Darul Ehsan?
204) PERPUSTAKAAN DESA DI TAMAN SRI MEDAN, SIJANGKANG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status projek pembangunan Perpustakaan Desa di Taman Sri Medan, Sijangkang?
204) SELANGKAH
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Sejauh mana keberkesanan Apps Selangkah dalam mengenalpasti individu yang telah dijangkiti?
-
Nyatakan jumlah kos selenggara Apps Selangkah ini?
204) PELANCONGAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah insentif daripada kerajaan dalam menggalakkan pelancongan homestay?
-
Berapakah jumlah perbelanjaan dalam tahun 2008 dan 2009 untuk pembangunan agro pelancongan dan apakah pencapaiannya?
-
Apakah pencapaian Tourism Selangor Sdn Bhd dalam menarik pelancong ke Selangor bagi tahun 2009?
204) PRODUK ASAS TANI
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri membantu dalam mempromosi produk asas tani oleh usahawan di Selangor?
-
Senaraikan produk asas tani yang dikeluarkan oleh pengusaha tempatan mengikut jenis?
204) INFRASTRUKTUR JALAN RAYA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Mulut
-
Bilakah lampu jalan akan dipasang di Jalan Kebun, Kuang?