204) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah polisi, program dan langkah-langkah yang pasti dapat menjamin kadar tarif yang munasabah?
-
Apakah perundangan dan mekanisme yang akan diwujudkan bagi memantau kos operasi Syarikat SPV yang bakal diwujudkan demi menjamin kos operasi yang tidak membebankan?
-
Apakah perundangan dan mekanisme yang akan diwujudkan bagi memastikan tiada Òtransfer pricingÓ?
204) PEMUTIHAN SEKOLAH-SEKOLAH DAN MAAHAD TAHFIZ
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah sekolah tahfiz yang telah berdaftar dan belum mendaftar (penuh dan sementara) dengan JAKIM dan JAIS?
-
Berapakah jumlah semasa murid-murid dan guru-guru di sekolah-sekolah tahfiz?
-
Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan dalam membantu sekolah-sekolah yang mendaftar dalam usaha memastikan kualiti pendidikan yang ditawarkan menepati standard yang telah ditetapkan oleh JAIS?
204) TANAH PERKUBURAN ISLAM TAMAN MEDAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Tapak Perkuburan Islam di PJS 3 dan PJS 4 bersebelahan Sg Kelang sedang dibina. 600 lot kubur tidak dapat dibina disebabkan tapak yang diwartakan merupakan laluan kabel bervoltan tinggi. Adakah lot yang tidak dapat dibina akan digantikan, di mana?
204) Bantuan Dari Peruntukan PBT
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Adakah wajar sekiranya pihak PBT untuk membelanjakaan sebahagian dari simpanan (10-15%) bagi membantu masyarakat yang hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19 melalui Ahli-ahli Majlis Tempatan?
-
Apakah wajar sekiranya bantuan-bantuan ini meliputi latihan kepakaran atau keusahawanan juga diberikan dari perbelanjaan ini?
204) TANAH WAKAF SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah keluasan tanah wakaf di seluruh Selangor?
-
Apakah usaha menggunakan tanah wakaf tersebut bagi memberi pulangan kepada yang telah mewakafkan tanah mereka?
-
Nyatakan mengikut fungsi tanah wakaf yang terdapat di Selangor
204) PENYELENGGARAAN TASIK
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah untuk memastikan pembangunan yang dilaksanakan di kawasan tasik mematuhi prinsip-prinsip kelestarian alam sekitar?
-
Adakah penyelenggaraan tasik dibuat secara berkala agar penduduk dapat menjalankan aktiviti riadah?
-
Apakah prosedur untuk jadikan Taman Tasik Semenyih sebagai pusat rekreasi agro pelancongan?
204) PERUNTUKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN KE KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan lebih banyak peruntukan Kerajaan Persekutuan ke Selangor pada 2019?
204) KOMPAUN KEPADA PENJAJA TIDAK BERLESEN DI PBT DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kompaun dikenakan kepada penjaja yang tidak berlesen di kebanyakan pbt di Negeri Selangor?
-
Adakah jumlah kompaun tersebut menggalakkan mereka supaya terus menerus tidak memiliki lesen?
-
Apakah pula kelebihan-kelebihan yang boleh ditawarkan oleh kerajaan terhadap pemilik lesen?
204) PROGRAM INISIATIF RODA DARUL EHSAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
-
Syarat untuk menyertai program inisiatif Roda Darul Ehsan ialah individu yang bekerja dalam industri P-Hailing secara sepenuh masa, adakah kerajaan bercadang untuk membuka skim ini kepada mereka yang terlibat secara separuh masa?
-
Adakah cadangan untuk menambah kuota penerima?
204) KAWALAN KUALITI AIR SUNGAI
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha yang diambil oleh Jabatan Alam Sekitar dan LUAS ke atas sungai-sungai yang bukan menjadi sumber air bersih, bagi memastikan sungaisungai tersebut tidak tercemar?