196) PENGGUNAAN AIR BAWAH TANAH ATAU ABSTRAK AIR SUNGAI
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Mohon penjelasan berkaitan prosedur Penggunaan Air Bawah Tanah seperti penggalian Telaga Tiub dan abstrak air sungai untuk kegunaan persendirian atau industr
-
Berapakah bilangan pengguna di Selangor yang mendapat kebenaran menggunakan Telaga Tiub/abstrak air tanah/sungai sehingga kini terutama di Lembangan Sungai Semenyih?
-
Apakah caj-caj yang dikenakan dan sebanyak mana perolehan hasil daripada kelulusan penggunaan air bumi/air sungai yang diluluskan?
196) PERBELANJAAN PENYENGGARAAN JKR SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Merujuk kepada jawapan JKR Selangor dalam sesi yang lalu, JKR Selangor telah menerima peruntukkan sebanyak RM 70juta untuk tahun 2009 dan RM 30juta untuk tahun 2010 untuk tujuan penyelenggaraan jalan oleh konsesi dan JKR Daerah daripada Kerajaan Pusat. Walaupun adanya peruntukkan tersebut, tetapi kenapakah pihak JKR Daerah dan JKR Selangor mengatakan tiadanya bajet apabila diseru menyelenggara kerosakan jalan dan lampu di Jalan Lapangan Terbang dan Jalan Shah Alam Ð Subang Ð Sg.Buloh
196) PERUMAHAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini pembinaan Rumah Idaman Rakyat Selangor?
196) PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan program-program kerajaan negeri yang telah di anjurkan di luar negeri Selangor dan jelaskan rasionalnya
-
Nyatakan program-program yang telah di anjurkan sempena PRN Sarawak
196) PENGUATKUASA KERAJAAN TEMPATAN DAN PEJABAT DAERAH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri ada membuat kajian punca-punca kenapa pihak penguatkuasa kerajaan tempatan dan pejabat daerah lambat untuk bertindak dengan cepat terhadap aduan rakyat tempatan terhadap warga asing yang berniaga, aktiviti pembuangan sampah haram dan pencerobohan tanah kerajaan?
-
Apakah tindakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu golongan B40?
-
Apakah sistem data maklumat yang akan dirujukan untuk golongan B40?
196) PENJUALAN TANAH ATAU ASET KERAJAAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan 5 penjualan terbesar (sama ada tanah, aset ataupun syarikat) yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri ataupun melalui anak-anak syarikat Selangor di bawah Pakatan Rakyat dari 2008-2013.
-
Sila bekalkan butiran: tarikh penjualan, butir tanah/aset/syarikat, pembeli, harga dan sama ada tender terbuka dilakukan.
196) ISU BANJIR KILAT DI HULU LANGAT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berikutan berlaku bencana banjir kilat di DUN Dusun Tua pada 17.6.2017 yang mengakibatkan kematian, kerosakan harta benda, dan jalan terputus, adakah Kerajaan bercadang untuk membuat kajian menyeluruh dan bersepadu bagi mengambil langkah yang berkesan?
-
Jika tidak, apakah langkah alternatif?
196) SELANGOR OIL PALM INDUSTRIES CORPORATION SDN. BHD. (SOPIC)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Laporan Ketua Audit Negara 2012 Negeri Selangor menyatakan bahawa terdapat pelbagai kelemahan dalam pengurusan SOPIC dalam misinya menjadi syarikat pengeluar buah-buahan komersial dan makanan terpenting Negara. Apakah perancangan untuk memajukan SOPIC di masa hadapan?
-
Apakah strategi kerajaan untuk menjana ekonomi melalui sektor pertanian buah- buahan jika SOPIC gagal melakukannya?
196) WABAK DENGGI
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik denggi juga bilangan kematian sehingga EPID terbaru bagi tahun 2022 berbanding tahun sebelumya. Apakah kesimpulannya?
-
Apakah cabaran memerangi denggi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan lalu masih berterusan sehingga kini?
196) LESEN PERNIAGAAN TERHADAP KLIA, LCCT, KLIA2 DAN PEMILIK- PEMILIK KONSESI TOL LEBUHRAYA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan akan mengenakan cukai pintu dan lesen perniagaan terhadap premis perniagaan dan tred yang dijalankan di KLIA, LCCT, KLIA2 dan pemilik- pemilik konsesi tol lebuhraya?
-
Jika ya, mengapakah ini tidak dilakukan pada masa dahulu dan hanya dilakukan pada masa sekarang?
