203) PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGOS)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Sila kategorikan NGO (mengikut jenis) yang dibantu oleh Selangor dari peruntukan negeri sebanyak RM500 ribu
-
Apakah dasar kerajaan untuk berkolaborasi dan memperkasakan NGOs?
-
Apakah rancangan dan program untuk membawa wanita ke arah professionalisme korporat dan penglibatan globalisasi?
203) PENUBUHAN PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Berapa belia yang sudah menyertai Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dan apakah peranan mereka?
-
Berapakah peruntukan yang diberi kepada PeBT?
203) KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
-
Berapa peratuskah perancangan yang telah selesai dalam Program Pemutihan Tanah Kampung Tradisi (PPTKTNS) yang dijangka dilancarkan seawal tahun 2026?
-
Sila lampirkan butiran program yang telah dirancang dan nyatakan sesi libat urus yang telah dilaksanakan untuk menjayakan PPTKTNS.
-
Apakah antara perlanggaran syarat tanah yang selalu dilakukan oleh pemilik-pemilik tanah?
203) STATUS PROGRAM PEMBERIAN LESEN MOTORSIKAL PERCUMA
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Berapa peserta layak menyertai Program Pemberian Lesen Motorsikal Percuma Negeri Selangor?
-
Apa manfaat yang boleh dinikmati oleh peserta-peserta yang layak?
-
Apa yang perlu dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk memperluaskan lagi kegiatan Ekonomi "Gig" di Negeri Selangor?
203) PERBEZAAN RUMAH SELANGORKU DAN RUMAH IDAMAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Apakah perbezaan Rumah Selangorku & Rumah Idaman?
-
Berapakah unit Rumah Selangorku & Rumah Idaman yang akan dibina mengikut perancangan Kerajaan?
203) PENGARUSPERDANAAN GENDER
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam usaha pengarusperdanaan gender (gender mainstreaming) dalam memastikan keseimbangan dalam pembentukan dasar dan Pembangunan Negeri?
-
Berapakah jumlah pegawai dan penjawat awam wanita berbanding lelaki dalam pentadbiran Kerajaan Negeri pada masa kini?
203) PENYELENGGARAN PINTAR JALAN RAYA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini mengenai penyelenggaraan pintar jalan raya yang telah dimeterai di antara PBT bersama Google Asia Pacific?
-
Nyatakan peruntukkan bagi membangunkan system middleware bagi membantu program ini.
-
Sejauh manakah keberkesanan sistem ini?
203) ISU PELAJAR SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) YANG GAGAL
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pelajar SPM yang tidak dapat menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya mengikut daerah di Selangor?
-
Apakah inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan pelajar SPM yang mendapat keputusan yang kurang baik dapat melanjutkan pengajian mereka?
203) PRESTASI KEWANGAN TOURISM SELANGOR SDN. BHD. (TSSB)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi kewangan TSSB yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai dari tahun 2014-2016
-
Nyatakan tahun dan prestasi kewangan yang terbaik dan terburuk sepanjang penubuhan TSSB
-
Apakah Kerajaan Negeri akan terus menggunakan TSSB sebagai platform tunggal pelancongan Selangor?
203) MASJID REKABENTUK KEBUDAYAAN CINA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pembinaannya di Bandar Baru Klang yang telah diperuntukkan RM2.5 juta pada tahun ini?