20) PEMUTIHAN KILANG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kilang di DUN Sementa mengikut kategori -
a- Mempunyai kebenaran merancang
b- Dalam pemutihan
c- Haram yang tidak memohon pemutihan -
Apakah usaha kerajaan untuk memastikan semua kilang mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan?
20) RIZAB KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Nyatakan faktor yang menyumbang kepada peningkatan rizab kerajaan negeri?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri mengawal penggunaan rizab bagi memastikan setiap perbelanjaan yang dikeluarkan adalah bernilai?
20) KEMISKINAN BANDAR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri ada bercadang untuk mewujudkan skim mikro kredit untuk membantu golongan miskin berniaga. Apakah status pelaksanaan cadangan tersebut ?
-
Apakah ada program lain yang boleh membantu golongan miskin Bandar di Selangor?
20) LEBUH RAYA LEMBAH KLANG TIMUR (EKVE)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan status perkembangan terkini berhubung Lebuh raya Lembah Klang Timur (EKVE) dan di manakah jajaran sebenarnya Lebuh raya ini akan dibina terutamanya melalui DUN Dusun Tua dan berapakah kos yang sebenar.
20) MENAIKTARAF KUNCI AIR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini permohonan menaiktaraf kunci air utama sedia ada di Kampung Telok Gong dan Pulau Indah?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan dalam menambah bilangan kunci air utama di dalam kawasan Kampung Telok Gong ekoran pembangunan yang semakin pesat di kawasan tersebut dan sekitarnya?
20) PEMBANGUNAN PANTAI KELANANG
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Bertulis
-
Selama hampir 5 tahun saya bangkitkan pembangunan dan penambahbaikan Pantai Kelanang yang tidak terurus dengan baik oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Saya dapati terdapat gerak kerja penambakan dan pembaikan di kawasan ini. Apakah skop kerja yang di laksanakan di kawasan Pantai Kelanang ini?
-
Jabatan manakah yang di beri tanggungjawab melaksanakan kerja-kerja ini ?
-
Berapakah jumlah peruntukkan untuk kerja-kerja yang di laksanakan dan dari manakah peruntukkan tersebut sama ada Peruntukkan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri?
20) DENGGI
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Apakah persediaan Kerajaan Negeri mengekang peningkatan wabak denggi mendepani ramalan cuaca lembap sekitar November 2022 hingga Mac 2023?
-
Selain usaha sedia ada, apakah sebarang perancangan baru Kerajaan Negeri dalam usaha memerangi Aedes?
20) HADIAH MASUK UNIVERSITI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik jumlah anak Selangor yang menerima hadiah tersebut dari 2008 hingga 2013?
-
Berapakah kos perbelanjaan terbabit?
-
Nyatakan statistik sebenar jumlah anak Selangor menerima tawaran ke universiti dari 2008 hingga 2013?
20) INSINERATOR (WTE)
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Bilakah EIA dan SIA akan dilaksanakan mengenai pembinaan loji insinerator di Rawang Land 3?
-
Nyatakan laporan penilaian tapak awal projek tersebut.
-
Bagaimana kerajaan Negeri Selangor memastikan pembinaan loji insinerator tidak menjejas kepentingan kesihatan penduduk di Rawang?
20) Aduan Jalan Rosak Menggunakan Aplikasi Waze
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Daripada jumlah aduan berkenaan jalan berlubang yang diterima melalui aplikasi Waze dari Januari 2019 sehingga September 2020, berapakah terdiri daripada jalan PBT, jalan negeri dan jalan Persekutuan?