202) JUALAN EHSAN RAHMAH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik jumlah penganjuran Jualan Ehsan Rahmah yang terkini.
-
Sejauh manakah program Jualan Ehsan Rahmah dapat memanfaatkan rakyat?
-
Nyatakan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi menanggung pemberian subsidi bagi barangan yang dijual dalam JER.
202) PENERIMA BIASISWA PELAJAR DI LUAR NEGARA BAWAH KERAJAAN NEGERI UNTUK TAHUN 2021 – 2023
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pelajar yang mendapat tajaan di luar negara pada tahun 2021-2023?
-
Nyatakan jumlah pelajar tersebut mengikut bidang-bidang pengajian.
-
Adakah pelajar persendirian berpeluang untuk memohon biasiswa ini?
202) HOME ASSESSMENT TOOLS/KIT PENILAIAN KEDIAMAN
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kos setiap kit ini dan apakah kandungannya secara terperinci?
-
Bagaimanakah pihak Kerajaan memantau bagi kes-kes yang didapati positif selepas ujian air liur keluarga terdekat?
203) PERUNTUKAN JKR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan peruntukan JKR Persekutuan seperti berikut: i) Permohonan kepada Persekutuan untuk tahun 2019 ii) Permohonan kepada Negeri untuk tahun 2019 iii) Permohonan yang telah diluluskan bagi kedua-dua kategori. iv) Sila senaraikan jumlah peruntukan mengikut kerja-kerja/skop-skop tertentu.
203) DASAR KEBAJIKAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan beban ekonomi rakyat Selangor berikutan peningkatan harga minyak dan barangan keperluan
-
Minta nyatakan rancangan kerajaan negeri untuk membantu menaiktaraf rumah kebajikan orang tua dan anak-anak yatim
203) TANAH RUNTUH INDAH COURT TAMAN DAMAI INDAH CHERAS
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini terhadap pembaikan cerun di Indah Court Taman Damai Indah Cheras serta kerja pencegahan tanah runtuh di kawasan berhampiran?
203) PROJEK MEMBAIK PULIH TEROWONG TAMAN MATANG PAGAR – TAMAN IMPIAN INDAH
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
-
Apakah status semasa perkembangan projek baik pulih yang telah diluluskan oleh pihak MPS?
-
Bilakah projek tersebut akan bermula?
-
Bilakah dijangka projek ini akan disiapkan sepenuhnya?
203) PERUNTUKAN RM200 JUTA UNTUK PROGRAM VAKSINASI
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah dan harga vaksin yang Selangor perolehi?
-
Apakah keutamaan program ini?
203) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan di dalam Program Tuisyen Rakyat Selangor pada tahun 2009 dan 2010?
-
Berapa ramaikah pelajar yang telah mengambil bahagian?
-
Apakah keberkesanan program ini kepada pelajar-pelajar?
203) INISIATIF KEPADA PELAJAR PERINGKAT SARJANA
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membantu meringankan beban kewangan para pelajar anak-anak Selangor yang mengikuti pengajian peringkat sarjana di institusi pengajian tinggi dalam negara?
-
Apakah wujud biasiswa atau pinjaman khusus kepada anak-anak Selangor bagi membantu menampung kos pengajian peringkat sarjana?