202) TANAH PKPS SEMUNGKIS HULU LANGAT
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan untuk tanah-tanah PKPS di kawasan Semungkis, Hulu Langat?
202) LEBUHRAYA PANTAI BARAT
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pelaksanaan dan pembinaan Lebuhraya Pantai Barat di bahagian Seksyen 1, 2 dan 3 memandangkan sehingga 25 Julai 2021, ianya masih belum melepasi paras 80%, manakala Seksyen 4 sudah menghampiri 100% lengkap?
202) PELABURAN SEMIKONDUKTOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Mulut
-
Apakah jumlah pelaburan yang telah diterima bagi sektor semikonduktor bagi tempoh 2023 dan 2024 serta senarai pelaburan?
-
Apakah unjuran Kerajaan Negeri bagi pelaburan semikonduktor bagi tempoh lima tahun akan datang?
202) HUTAN SIMPANAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan lokasi-lokasi hutan simpanan di Negeri Selangor serta keluasannya
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengambil balik hutan-hutan simpanan yang telah diterokai?
202) PROGRAM MARRIS
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun:
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah projek yang telah dilaksanakan di bawah Program MARRIS pada tahun ini?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk Program MARRIS?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri Selangor memastikan bahawa projek-projek di bawah Program MARRIS dapat dilaksanakan dengan efektif dan bermutu?
202) HAL-EHWAL PENGGUNA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan kerajaan negeri di dalam usaha memperkasakan lagi persatuan-persatuan pengguna di negeri Selangor?
-
Sila nyatakan tindakan kerajaan negeri di dalam usaha member kesedaran kepenggunaan dan hak pengguna di negeri Selangor?
202) MIKROKREDIT MISKIN BANDAR (MIMBAR)
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Program MIMBAR merupakan satu langkah yang baik. Rungutan masyarakat. Proses yang diambil untuk kelulusan agak lama, melepasi 2 bulan. Apakah masalahnya? Huraikan
-
Proses kelulusan meremehkan dan pegawai penemu duga kurang pengalaman. Apakah penjelasan kerajaan dalam perkara ini
-
Apakah Ôstandard operation procedureÕ yang diguna pakai semasa temu duga?
202) PASAR BASAH
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua pasar basah yang terdapat di Selangor mengikut PBT
-
Apakah pelan jangka masa panjang Kerajaan Negeri untuk penyediaan pasar basah yang selesa dan efisen?
-
Nyatakan jumlah peruntukan bagi menaiktaraf pasar basah dari 2014-2017 mengikut PBT
202) PENSTRUKTURAN SEMULA BEKALAN AIR NEGERI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini usaha penstrukturan semula bekalan air tersebut ?
-
Sila perjelaskan apakah asas dakwaan yang dilontarkan oleh pihak pembangkang kononnya Negeri Selangor akan mengalami krisis bekalan air pada tahun 2015 ?
-
Sila kemukakan butiran terperinci dan kisah sebenar tentang keperluan membina loji Langat-2 seperti yang didesak oleh pihak pembangkang sejak muktahir ini ?
202) BOMBA SUKARELA SAUJANA UTAMA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membantu pasukan bomba sukarela Saujana Utama yang telah banyak memberikan perkhidmatan secara sukarela kepada penduduk di sekitar Saujana Utama, Felda Bukit Cerakah, kawasan perindustrian Ijok, Elmina Green dan Desa Coalfield?
-
Semenjak tahun 2018, berapakah peruntukan yang telah disalurkan kepada Pasukan Bomba Sukarela Saujana Utama?
-
Dengan jumlah penduduk yang semakin meningkat, adakah pihak kerajaan negeri telah mengenal pasti tapak kekal untuk pembinaan balai bomba untuk Saujana Utama dan sekitarnya?