201) PROGRAM KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah peserta Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) pada tahun 2018, dan selepas penjajaran IPR dilaksanakan.
-
Apa tindakan susulan untuk memastikan penduduk yang layak dapat KISS tidak tercicir?
201) JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR (JPS)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek dibawah JPS yang gagal dilaksanakan dan faktornya
-
Nyatakan secara terperinci pecahan peruntukan kepada JPS dalam bajet 2017
201) KEWANGAN AKIBAT PKP
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan yang diterima dan disalurkan termasuk daripada sumber lain sepanjang PKP? Senaraikan.
-
Apakah bantuan kepada peniaga kecil, pengusaha van sekolah, tadika dan tahfiz persendirian yang terjejas?
-
Senaraikan yayasan dan NGO yang membantu menangani kesan ekonomi, sosial dan mental.
201) SKIM PEDULI SIHAT (IPR 16)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah permohonan IPR 16 sejak ia dilancarkan mengikut bangsa
-
Sejauh manakah IPR 16 membantu meringankan beban rakyat memandangkan kos rawatan perubatan di Malaysia yang murah?
-
Apakah bentuk-bentuk rawatan dengan had RM50 dan apakah jenis rawatan biasa yang tiada had?
201) MB INCOPORATED (MBI)
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah keuntungan atau kerugian MBI bagi tempoh berakhir Disember 2021 & 2022?
-
Berapakah jumlah liabiliti cukai yang ditanggung secara terperinci oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) dan anak syarikat?
201) STATUS JEJANTAS DI BULATAN BANDAR SAUJANA PUTRA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan terkini selepas pengumuman oleh Kerajaan Negeri bahawa ianya akan dibina seawal bulan Ogos 2018?
-
Apakah jalan penyelesaian terkini dan alternatif penyuraian kesesakan lalulintas di kawasan tersebut?
201) BANGUNAN KHUSUS UNTUK KEGUNAAN WAKIL RAKYAT SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina satu bangunan khusus untuk kegunaan Ahli Dewan Negeri Selangor sebagai pusat operasi mereka sebagaimana yang diperolehi oleh Penghulu Mukim dan Ketua Kampung?
201) PERUNTUKAN UNTUK ADUN PEMBANGKANG
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kegunaan peruntukan ADUN pembangkang sepanjang tahun 2018 dan 2019.
-
Adakah ketua pembangkang Negeri Selangor diberi peruntukan khas?
-
Nyatakan kegunaan peruntukan ketua pembangkang.
201) KEROSAKAN DAN KESESAKAN JALAN RAYA AKIBAT PROJEK-PROJEK PENGGANTIAN PAIP AIR LAMA DAN PEMBENTUNGAN
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah kerajaan bagi meminimumkan kesan kerosakan dan kesesakan jalanraya akibat projek-projek penggantian paip air lama dan pembentungan yang masih berjalan sejak beberapa tahun kebelakangan ini?
201) SELANGOR KE ARAH BEBAS HALANGAN OKU
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk Ucapan Bajet 2010 (muka surat 39, 10 Nov 2009); ÒKerajaan Negeri komited terhadap pelaksanaan program Selangor Ke Arah Bebas Halangan OKU. Untuk itu, semua PBT di negeri Selangor adalah dikehendaki menyediakan kemudahan-kemudahan kepada OKU...Ó. Apakah sistem dan mekanisme pemantauan Kerajaan Negeri terhadap pelaksanaan program ini di peringkat PBT?
-
Apakah perancangan program dan program-program yang telah dilaksanakan menurut setiap PBT di seluruh Negeri Selangor sehingga Jun 2010?
-
Berapakah peruntukan ataupun unjuran peruntukan yang ditetapkan oleh setiap PBT sehingga Jun 2010?