201) PENGGUNAAN BALAIRAYA DI KAMPUNG-KAMPUNG
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak balairaya yang terdapat di negeri Selangor
-
Adakah balairaya-balairaya ini diselenggara selepas diambil alih oleh kerajaan negeri
-
Siapakah yang bertanggungjawab menyelenggara bangunan-bangunan ini?
201) AGAMA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Kita sering mengkritik tentang pelbagai dasar dan program yang kurang memuaskan dari segi prestasi, tetapi apakah program yang dilaksanakan di Masjid mencapai prestasi. Apakah KPI yang dilaksanakan untuk mengukur program Ð program di Masjid?
-
Menurut Almarhum Prof. Ismail al-Faruqi, apabila masjid di bina, ia tidak lagi menjadi hak kepada orang atau golongan yang membinanya. Pemiliknya secara literal ialah Allah s.w.t. ini bererti secara literal juga tiada sesiapapun, sama ada individu atau kumpulan tertentu yang berhak untuk menguasai masjid sebagai Medan untuk menguasai masyarakat. Persoalannya, kenapa wujud penyalahgunaan kuasa, tiada ketelusan dalam pelantikan AJK masjid di sekitar Selangor sehingga ada laporan polis dibuat?
-
Terdapat khatib yang membaca khutbah tidak berdasarkan teks yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kenapa perkara sebegini boleh wujud? Mohon penjelasan
201) PROJEK TEBATAN BANJIR – PEMBINAAN LONGKANG KONKRIT DI DALAM LOT PERSENDIRIAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan peruntukan khas setiap tahun bagi menyelesaikan masalah banjir kilat di dalam lot persendirian?
-
Apakah pendirian kerajaan negeri berkenaan masalah banjir kilat di lot persendirian?
201) BANGUNAN BARU MDKL
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Selangor telah meluluskan pinjaman sebanyak RM40juta kepada MDKL untuk membiayai pembinaan bangunan barunya. Apa status kemajuan pembinaan ini dan sekiranya berlaku kelewatan, apakah puncanya?
201) PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI LEMBANGAN SUNGAI BULOH
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan jangka panjang untuk membersihkan kawasan Lembangan Sungai Buloh daripada sisa buangan haram dan memulihkan ekosistem bagi kawasan tadahan bagi menggelakan banjir Ijok ?
-
Apakah jenis-jenis hukuman atau denda yang dikenakan kepada pihak yang didapati bersalah membuang sampah secara haram di kawasan Lembangan Sungai Buloh?
201) PROGRAM PEMADAM SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Apakah program yang dijalankan oleh PEMADAM Selangor sepanjang pandemik COVID-19 ? Perincikan mengikut daerah.
-
Apakah peranan SPEAKS dalam membantu ADUN di negeri Selangor ?
201) PERUMAHAN RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah pertimbangan Kerajaan Negeri dalam meletakkan rumah jenis Trio dan Quad sahaja di kawasan Zon 4 Luar Bandar dalam RSKU3.0?
201) SELANGOR KE ARAH BEBAS HALANGAN OKU
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk Ucapan Bajet 2010 (muka surat 39, 10 Nov 2009); ÒKerajaan Negeri komited terhadap pelaksanaan program Selangor Ke Arah Bebas Halangan OKU. Untuk itu, semua PBT di negeri Selangor adalah dikehendaki menyediakan kemudahan-kemudahan kepada OKU...Ó. Apakah sistem dan mekanisme pemantauan Kerajaan Negeri terhadap pelaksanaan program ini di peringkat PBT?
-
Apakah perancangan program dan program-program yang telah dilaksanakan menurut setiap PBT di seluruh Negeri Selangor sehingga Jun 2010?
-
Berapakah peruntukan ataupun unjuran peruntukan yang ditetapkan oleh setiap PBT sehingga Jun 2010?
201) MB INCOPORATED (MBI)
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah keuntungan atau kerugian MBI bagi tempoh berakhir Disember 2021 & 2022?
-
Berapakah jumlah liabiliti cukai yang ditanggung secara terperinci oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) dan anak syarikat?
201) AIR PERCUMA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Pemberian air percuma 20 meter padu telah lama dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor - Kenapakah masih ramai pemilik serta penghuni kondominium/pangsapuri yang menggunakan meter pukal masih belum menerima ÒSistem KuponÓ yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.