201) PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI LEMBANGAN SUNGAI BULOH
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan jangka panjang untuk membersihkan kawasan Lembangan Sungai Buloh daripada sisa buangan haram dan memulihkan ekosistem bagi kawasan tadahan bagi menggelakan banjir Ijok ?
-
Apakah jenis-jenis hukuman atau denda yang dikenakan kepada pihak yang didapati bersalah membuang sampah secara haram di kawasan Lembangan Sungai Buloh?
201) PROGRAM PEMADAM SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Apakah program yang dijalankan oleh PEMADAM Selangor sepanjang pandemik COVID-19 ? Perincikan mengikut daerah.
-
Apakah peranan SPEAKS dalam membantu ADUN di negeri Selangor ?
201) AGAMA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Kita sering mengkritik tentang pelbagai dasar dan program yang kurang memuaskan dari segi prestasi, tetapi apakah program yang dilaksanakan di Masjid mencapai prestasi. Apakah KPI yang dilaksanakan untuk mengukur program Ð program di Masjid?
-
Menurut Almarhum Prof. Ismail al-Faruqi, apabila masjid di bina, ia tidak lagi menjadi hak kepada orang atau golongan yang membinanya. Pemiliknya secara literal ialah Allah s.w.t. ini bererti secara literal juga tiada sesiapapun, sama ada individu atau kumpulan tertentu yang berhak untuk menguasai masjid sebagai Medan untuk menguasai masyarakat. Persoalannya, kenapa wujud penyalahgunaan kuasa, tiada ketelusan dalam pelantikan AJK masjid di sekitar Selangor sehingga ada laporan polis dibuat?
-
Terdapat khatib yang membaca khutbah tidak berdasarkan teks yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kenapa perkara sebegini boleh wujud? Mohon penjelasan
201) STATUS LETTER OF APPOINTMENT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah status Letter of Appointment (LoA) yang dikeluarkan oleh kerajaan?
-
Apakah status LoA yang dikeluarkan kepada GJA Engineering & Construction pada 15 Mac 2010 bagi program pembersihan Sungai Klang?
-
Apakah kerajaan dikehendaki membayar pampasan kerana gagal menepati LoA di atas?
201) NAIKTARAF JALAN PERSEKUTUAN 1 TANJUNG MALIM – RAWANG (FT001)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat terkini mengenai naiktaraf Jalan FT001 ke Genting Highland pada tahun ini? Jika ya, nyatakan butir-butirnya
-
Adakah JKR Selangor berhasrat menaiktaraf persimpangan di Jalan Kuala Kali - Rasa (B115) ke Jalan FT001 pada tahun ini?
201) PERUMAHAN RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah pertimbangan Kerajaan Negeri dalam meletakkan rumah jenis Trio dan Quad sahaja di kawasan Zon 4 Luar Bandar dalam RSKU3.0?
201) PERTAMBAHAN PERUNTUKAN DUN UNTUK KAWASAN YANG ADA KENAIKAN LUARBIASA JUMLAH PENGUNDI
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Disebabkan persempadanan semula sempadan DUN yang tidak adil, maka terdapat kawasan dengan jumlah pengundi yang luarbiasa, seperti di DUN Subang Jaya, Bukit Lanjan dan Kinrara. Apa yang harus dibuat oleh Kerajaan untuk mengurangkan jurang dari segi belanjawan dan peruntukan negeri?
201) KEMPEN BEBAS PLASTIK
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan secara detail apakah matlamat utama kempen tersebut
-
Sila nyatakan bagaimanakah sambutan pengguna terhadap kempen tersebut dan juga kelemahan yang dikenal pasti.
-
Sila nyatakan apakah langkah yang lebih proaktif bakal dilakukan untuk mendidik pengguna menghayati matlamat kempen tersebut.
201) MB INCOPORATED (MBI)
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah keuntungan atau kerugian MBI bagi tempoh berakhir Disember 2021 & 2022?
-
Berapakah jumlah liabiliti cukai yang ditanggung secara terperinci oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) dan anak syarikat?
201) BANGUNAN KHUSUS UNTUK KEGUNAAN WAKIL RAKYAT SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina satu bangunan khusus untuk kegunaan Ahli Dewan Negeri Selangor sebagai pusat operasi mereka sebagaimana yang diperolehi oleh Penghulu Mukim dan Ketua Kampung?