200) SKIM MESRA USIA EMAS
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan menambahbaik skim ini seperti menggalakkan komunikasi ataupun bantuan ketika masih hidup selain daripada Jom Shopping?
200) ISU PENDUDUK DI BUKIT DAMAR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Mengapa pihak Majlis Perbandaran Sepang tidak dapat menyelesaikan isu jalan sambungan kekawasan ini daripada Cyberjaya?
-
Mengapakah pihak berkuasa negeri tidak dapat menyelesaikan masalah kecurian tanah yang berleluasa dikawasan ini?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadapa aktiviti pelupusan sampah haram dikawasan ini?
200) DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua aset dan tanah yang telah diberi atau diletakkan dibawah DEIG
-
Senaraikan semua kakitangan DEIG
-
Apakah KPI Kerajaan Negeri kepada DEIG
200) RUMAH TERBENGKALAI
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Masalah rumah terbengkalai di DUN Meru, berapakah projek yang telah di selesaikan setakat ini?
-
Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pembeli dan kontraktor?
200) CADANGAN PERUMAHAN RAKYAT MISKIN DI SUNGAI AIR TAWAR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan memulakan projek perumahan rakyat miskin di Sungai Tengar Utara/ Parit Baru Baroh setelah PKPS bersetuju untuk memulangkan semula tanah itu?
-
Adakah kerajaan akan menggunakan senarai permohonan perumahan yang baru?
-
Berapakah pembahagian pemberian rumah tersebut,jika dibuka kepada permohonan baru mengikut pecahan kaum?
200) PAKEJ KITA SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri telah melaksanakan pakej ini bagi membantu rakyat. Berapakah jumlah peruntukan yang telah disediakan dan telah dikeluarkan?
-
Berapakah jumlah penerima bantuan ini sehingga akhir tahun 2021?
-
Adakah pelaksanaan pakej ini mencapai matlamat bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik?
200) NAIK TARAF MDKL KE MAJLIS PERBANDARAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Majlis Daerah Kuala Langat telah lama memenuhi syarat naik taraf kepada Majlis Perbandaran. Berapa banyak kali kertas permohonan untuk tujuan ini telah dibawa ke MMKN dan apakah keputusan terkini permohonan ini?
200) RUMAH TERBENGKALAI
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Projek rumah terbengkalai di Kuala langat. Contohnya di Jenjarum, Kebun Baru dan Sijangkang. Projek ini melibatkan projek di atas tanah pertanian yang luasnya kurang 5 ekar dan pemaju tidak mempunyai lesen pemaju perumahan, syarikat tersebut hanya mempunyai lesen kontraktor sahaja. Pembeli pun telah membuat bayaran kepada bank tetapi rumah tidak disiapkan. Apakah langkah kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah ini?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri untuk memastikan masalah sebegini tidak akan berlaku lagi?
200) BANTUAN KEPADA GOLONGAN WANITA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam memberi manfaat atau bantuan kepada golongan wanita, terutamanya di DUN Teratai dalam tahun 2014?
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan memberi dana atau insentif kepada pegawai PWB untuk menjalankan program Wanita di setiap DUN Selangor?
201) PROJEK LANGAT 2
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini projek?
-
Adakah kerajaan negeri menetapkan tempoh akhir penyelesaian?