200) PEMBANGUNAN DI KAMPUNG SUNGAI JAROM
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah peruntukkan yang diluluskan untuk pembangunan Infrastruktur asas dibahagikan kepada kerja-kerja naik taraf jalan raya, longkang, parit, pasar awam, lampu jalan, dewan serba guna di Kampung Sungai Jarom mengikut Tahun 2013, 2014 & 2015.
200) GOLONGAN B40 DAN M40
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Nyatakan gerak kerja Kerajaan Negeri untuk mengenalpasti golongan B40 dan M40 yang di setiap
DUN Selangor. -
Apakah penambahbaikan yang dilakukan untuk memastikan golongan B40 ini semua telah termasuk di dalam senarai Kerajaan Negeri?
200) GOLONGAN MISKIN TEGAR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah golongan miskin tegar di Negeri Selangor?
-
Apakah bantuan dan peruntukan yang diberikan kepada mereka?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menangani masalah miskin tegar di Negeri Selangor?
200) PRESTASI PERDAGANGAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Apakah pelan jangka pendek dan jangka panjang jenis perdagangan sasarannegeri Selangor?
-
Nyatakan jenis perdagangan yang terfokus
-
Berapakah pulangan kepada Selangor atas usaha tersebut?
200) PELABURAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pelaburan dari warga Malaysia dan warga asing yang disalurkan ke negeri Selangor sejak tahun 2008?
-
Sila nyatakan perangkaan mengikut negara-negara yang melabur di Selangor dalam angka peratusan dan bidang-bidang yang berkaitan?
-
Apakah anggaran peluang pekerjaan yang akan diwujudkan berikutan dengan pelaburan-pelaburan berkenaan?
200) LALUAN KOMUTER / LRT
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah ada perancangan untuk membuat laluan LRT, khasnya di sekitar Taman Templer?
200) COVID-19
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Apakah hasil kejayaan penubuhan dari taskforce jawatankuasa tangani COVID di Negeri Selangor?
-
Bagaimanakah kerajaan membantu penduduk berkeluarga yang terjejas tidak ada pendapatan kerana COVID-19 bagi mendapatkan bantuan barangan makanan basah dan bantuan perubatan? sumber peruntukan ADUN tidak cukup.
200) PEMBANGUNAN INDUSTRI KREATIF SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah kerajaan untuk membangunkan industri kreatif melalui penganjuran program seperti TUKANG Design & Craft Festival?
-
Apakah peruntukan bagi pembangunan industri seni, budaya dan kreatif di Selangor?
-
Apakah insentif bagi pengamal industri kreatif dan usaha supaya mereka terlibat dengan komuniti?
200) PELABUHAN KETIGA DI PULAU CAREY
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pembangunan Pelabuhan Ketiga di Pulau Carey?
-
Apakah peranan yang telah dimulakan oleh Kerajaan Negeri sebagai negeri yang akan menempatkan lokasi?
200) PUSAT KOMUNITI WANITA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah penubuhan PKW berjaya memperkasakan ekonomi golongan wanita di Selangor?
-
Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri dari tahun 2019 hingga kini bagi melaksanakan PKW?