199) BILANGAN PELANCONG KE SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan JK Tetap Pelancongan dalam membawa lebih ramai pelancong ke Selangor?
-
Berapakah bilangan yang telah masuk ke Selangor dan apakah unjuran dalam tempoh 5 tahun dari sekarang?
-
Apakah segmen pelancongan yang menjadi pilihan utama mereka ke Selangor?
199) DI MUSIM BUAH-BUAHAN TERDAPAT LAMBAKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN YANG TIDAK DI DAPAT DIJUAL
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Jabatan Pertanian untuk membantu memasarkan buah-buah ini.
-
Apakah rancangan Kerajaan supaya buah-buahan ini boleh di export
-
Berapa peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan untuk membantu penanam buah-buahan
199) TASIK COVA KOTA DAMANSARA – PENYELENGGARAAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Sejak isu ini dibawa di dalam sidang DUN pada sesi 2018, sejauh manakah Kerajaan Negeri telah berusaha menyelesaikan masalah tersebut?
-
Bilakah dijangka masalah yang telah berpanjangan ini dapat diselesaikan?
199) TAPAK PELUPUSAN SAMPAH
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua tapak pelupusan sampah di Selangor dan tempoh jangka hayat.
-
Apakah pelan jangka masa panjang tapak pelupusan sampah pada masa hadapan?
199) PELANCONGAN INDUSTRI
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Apakah bantuan atau insentif yang boleh disalurkan kepada pihak-pihak yang berniat untuk membangunkan pelancongan perindustrian terutamanya di kawasan Balakong?
199) WABAK DENGGI
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah yang menyebabkan Selangor kekal menduduki rangking pertama dalam senarai kes denggi di Malaysia?
-
Nyatakan jumlah peruntukan kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk mengatasi denggi dari 2014-2016
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri melalui PBT untuk meningkatkan penyeliaan wabak denggi di semua kawasan kritikal?
199) SEKTOR PELANCONGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Dewasa ini sektor Pelancongan merupakan satu industri yang boleh menghasilkan pendapatan kepada rakyat dan negeri am nya. Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mempromosikan Negeri Selangor untuk menarik pelancong dan pelabur bagi merancakkan ekonomi Kerajaan Negeri.
200) TAMAN BANDAR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana PBT dapat mewujudkan Bandar berkonsepkan taman dalam bandar?
-
Apakah contoh Taman Bandar yang sudah berjaya dibangunkan di Selangor?
-
Apakah pendekatan bagi melestarikan Taman Bandar ini?
200) PINJAMAN RM80 JUTA KEPADA PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Pinjaman RM80 juta telah diberi kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi pengambilan tanah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk tujuan Pembangunan Projek Datum In-City. Apakah perkembangan terkini pengambilalihan ini dan adakah PKNS mula membayar balik kepada kerajaan negeri?
200) JALAN-JALAN MARRIS DI BAWAH DUN BANDAR UTAMA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukkan MARRIS untuk DUN Bandar Utama pada tahun 2018 tahun 2019?
-
Senaraikan jalan-jalan bawah DUN Bandar Utama yang sudah diselenggarakan dan belum diselenggarakan setakat ini