199) TANAH RIZAB ORANG ASLI
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah keluasan tanah yang telah digazetkan sebagai rizab orang asli?
-
Sila nyatakan lokasi dan keluasan tanah yang digazetkan oleh Kerajaan Negeri sebagai rizab orang asli setiap tahun dari 2004 sehingga 2014.
-
Berapakah keluasan yang digazetkan sejak Jan 2015 sampai sekarang?
199) KEHADIRAN MESYUARAT PENUH DAN JAWATANKUASA AHLI MAJLIS MPAJ
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan kehadiran semua Ahli Majlis MPAJ dalam mesyuarat penuh dan jawatankuasa yang berkenaan pada tahun 2011
199) PELABURAN TAHUN 2015 DAN 2016
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Berapakah banyak pelaburan yang diterima negeri Selangor berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia pada tahun 2015 dengan memberi butiran dan senarai setiap satu pelaburan ini. Apakah strategi dan sasaran pelaburan untuk tahun 2016?
199) PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah PBT boleh mengambil tindakan/polisi yang tidak diluluskan dalam mesyuarat penuh?
-
Apakah tindakan yang boleh diambil terhadap PBT yang tidak mengikut keputusan mesyuarat penuh?
-
Apakah tindakan yang boleh dikenakan terhadap pegawai-pegawai yang tidak mengikut keputusan mesyuarat penuh?
199) PENYELENGGARAAN RUMAH KOS RENDAH
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Bagaimana Kerajaan membantu atas penyelengaraan rumah kos rendah?
-
Terdapat banyak JMB di kawasan Rumah Kos Rendah yang menghadapi isu gagal berfungsi, apakan tindakan daripada Kerajaan Selangor untuk menyelesaikan isu tersebut?
199) PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah status kewangan semua PBT dalam negeri Selangor dan faktor-faktor sekiranya sesebuah PBT itu mencatatkan defisit dalam penyata kewangannya?
-
Senaraikan butir-butir projek perumahan yang telah diluluskan dalam kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk empat tahun yang lepas. (pemaju, lokasi, tempoh projek,jenis projek
-
Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan keefisienan pentadbiran PBT serta mengatasi isu defisit PBT
199) PROMOSI KAWASAN INDUSTRI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi dan cara kerajaan negeri mempromosikan kawasan-kawasan perindustrian sedia ada di Selangor?
-
Nyatakan lokasi, keluasan dan jumlah lot industri yang masih kosong?
199) PEMASANGAN KAWALAN LITAR TERTUTUP (CCTV)
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan syarikat,nilai, tempoh kontrak serta lokasi pemasangan CCTV untuk mencegah jenayah mengikut pecahan PBT di Selangor
-
Adakah Kerajaan Selangor akan menambahkan bilangan CCTV sedia ada di setiap PBT bagi tujuan pencegahan jenayah dan kawalan trafik?Jika ya,senaraikan ikut pecahan PBT.
199) PENGURUSAN PERMINTAAN (DEMAND MANAGEMENT) AIR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar pengurusan permintaan air yang dirancang/dilaksanakan bagi mengurangkan penggunaan air di Selangor daripada 260l/p/d kepada saranan 165l/p/d oleh WHO, yang sekaligus menyelesaikan isu margin rizab air yang tipis?
199) PROMOSI PELANCONGAN DAN PROGRAM “SELANGORKU”
Tahun: 2011
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah cadangan kerajaan negeri untuk mempromosikan destinasi pelancongan di negeri Selangor serta apakah inisiatif kerajaan untuk mempergiat program "Selangorku".