199) SASARAN PELAJAR YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Apakah sasaran yang ditetapkan bagi memastikan pelajar Yayasan Selangor ini meningkatkan tahap keputusan cemerlang pelajar Negeri Selangor?
-
Adakah kursus-kursus atau seminar yang kerajaan negeri adakan bagi mencapai sasaran tesebut?
199) Tangki Air Di Bagan Sungai Lima Dan Pulau Ketam
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah Pihak Air Selangor akan membina tangki air di Bagan Sungai Lima dan Pulau Ketam?
-
Sila nyatakan tarikh untuk pembinaan tersebut jika ya dan nyatakan sebab-sebab jika tidak.
199) KEWUJUDAN JALAN-JALAN BERTOL DI KAWASAN PENEMPATAN BARU
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Kewujudan jalan-jalan baru yang mempunyai tol di kawasan-kawasan penempatan baru akhir-akhir ini semakin banyak terdapat di dalam kawasan Selangor. Apakah usaha yang diambil oleh pihak kerajaan bagi mengawal pihak-pihak berkenaan daripada mengenakan harga tol yang melampau?
-
Apakah terdapat prosedur yang membolehkan pihak Kerajaan Negeri mengawal harga tol yang dikenakan oleh pihak konsesi / pemaju yang bertanggungjawab membina jalan raya tersebut?
199) PEKERJA ASING
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik jumlah pekerja asing di Selangor dari 2016-2018 mengikut negara.
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi mengekang peningkatan jumlah pekerja asing di Selangor?
199) LEBUHRAYA YANG AKAN DIBINA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan lebuhraya-lebuhraya yang telah mendapat kelulusan penggunaan tanah daripada Kerajaan Negeri, yang akan dibina.
-
Berapa lebuhraya yang telah ditolak permohonan penggunaan tanah milik Kerajaan Negeri sejak 2013?
-
Apakah status Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link) yang dimaklumkan kepada penduduk telah mengemukakan permohonan pada 8 Disember 2015?
199) DEWAN ORANG RAMAI BANDAR TASIK PUTERI
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembinaan dewan orang ramai Bandar Tasik Puteri yang sepatutnya telah siap dibina pada September 2024. Bilakah dewan tersebut boleh disiapkan dan boleh diguna pakai?
199) PEMBINAAN MASJID KAMPUNG MERBAU SEMPAK, SUNGAI BULOH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah kos sebenar pembangunan masjid tersebut?
-
Berapa peratus kemajuan projek tersebut?
-
Bilakah projek tersebut dijangka akan siap sepenuhnya?
199) TARIF AIR SELANGOR ISTIMEWA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membantu meringankan beban bil air untuk para penghuni pangsapuri perkhidmatan yang berstatus OKU, warga emas tidak berpendapatan?
199) COMMUNICATION CORPORATION SDN BHD (CCSB)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan lembaga pengarah, pemegang saham dan pihak CCSB dibawah kepimpinan baharu?
-
Apakah projek-projek dibawah CCSB dan nilainya pada tahun 2014?
199) PEMBANGUNAN TANAH
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan pelan penggunaan tanah kawasan mengikut setiap daerah.
-
Berapakah jumlah keluasan tanah pertanian terbiar di Selangor?
-
Berapakah jumlah keluasan hutan di Selangor?