198) PROJEK LANDASAN KERETAPI PANTAI TIMUR (ECRL)
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Sila beri maklum balas terkini tentang jajaran Projek Landasan Keretapi Pantai Timur, khususnya perbezaan antara jajaran yang pertama (sebelum 2018), kedua (2019) dan yang ketiga (2021) untuk Selangor.
198) PENDIDIKAN KEMAHIRAN SEPANJANG HAYAT
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri dapat memastikan alat bantu mengajar TVET serta perkakasannya cukup dan selari dengan industri?
-
Apakah kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan infrastruktur yang digunakan releven dengan kehendak industri?
198) MASALAH TANAH
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan bagaimanakah perkembangan terkini proses pengambilan balik tanah Ðtanah milik Kerajaan di seluruh Negeri Selangor mengikut pecahan daerah ?
-
Sila nyatakan secara terperinci tanah-tanah yang dijadikan kolam ternakan udang yang diambil balik oleh pihak kerajaan mengikut pecahan daerah ? Sila berikan butir-butir
-
Sila nyatakan apakah dasar terkini yang diguna pakai oleh Kerajaan dalam proses permohonan LMS dan syarat-syarat yang dikenakan ?
198) BANJIR KILAT DI LEBUHRAYA SELAYANG Ð KEPONG
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Kerja-kerja menimbus tanah yang dilakukan di kawasan lapang bersebelahan Ideal Convention Centre Taman Prima Selayang telah menyebabkan berlakunya banjir kilat setiap kali selepas hujan lebat. Gejala ini amat menyulitkan pengguna jalan tersebut yang merupakan laluan utama bagi kenderaan dari Kepong-Selayang, terutama sekali kereta-kereta ambulans dari Hospital Selayang. Apakah projek yang akan dibangunkan serta rasional bagi projek tersebut sedangkan kawasan berkenaan terletak di bawah laluan kabel arus terus voltan tinggi TNB?
-
Apakah tindakan yang akan diambil oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sebagai Pihak Berkuasa Tempatan bagi mengatasi fenomena yang menyusahkan rakyat ini terutama sekali dalam keadaan kecemasan oleh pihak Hospital Selayang?
-
Sudahkah projek tersebut mendapat kelulusan dan mohon dinyatakan syarat dan peraturan yang dikenakan bagi membangunkan kawasan tersebut?
198) JENAYAH DI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah kadar jenayah negeri, dan nyatakan statistik kes serta kategorinya mengikut DUN dan daerah?
-
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan atau penurunan kadar jenayah?
-
Apakah inisiatif kerajaan negeri untuk mengurangkan masalah jenayah?
199) INDUSTRI PELANCONGAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan ada berapa tempat peranginan Hutan rekreasi, Pusat Peranginan Pantai, Agro Pelancongan, Pulau & Pantai, Tempat Bersejarah dan Taman Rekreasi dalam negeri Selangor
-
Berapa banyakkah keuntungan dan kutipan cukai dalam Industri ini?
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan Zon Bebas Cukai di dalam negeri Selangor
199) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah sebab-sebab Kerajaan Negeri Selangor sanggup menjual bangunan- bangunan yang dimiliki oleh PKNS?
-
Apakah keuntungan dan faedah-faedah yang diperolehi daripada penjualan bangunan-bangunan tersebut?
199) SKIM PERUMAHAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bilangan rumah pangsapuri kos rendah, rumah mampu milik dan rumah selangorku yang ada di Selangor
-
Sila kemukakan senarai kawasan dimana rumah selangorku yang sedang dibina dan akan dibina
199) STATUS KEWANGAN YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan status kewangan Yayasan Selangor dari tahun 2008 hingga kini.
199) RUMAH URUT DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah rumah urut yang terdapat didalam Negeri Selangor mengikut PBT.
-
Nyatakan jumlah serbuan mengikut tahun yang dilakukan dari tahun 2014 hingga kini.
-
Apakah tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk mengekang penularan rumah urut di Negeri Selangor?