197) PENUBUHAN BADAN PENGURUSAN BERSAMA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan Badan Pengurusan Bersama bagi bangunan berstrata yang tidak dapat di bentuk mengikut PBT?
-
Apakah tindakan penguatkuasaan yang pernah diambil kepada pemaju yang enggan menubuhkan Badan Pengurusan Bersama?
197) KUARI BAHARU DI BUKIT LAGONG
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan proses kelulusan 27 tapak kuari baharu di Hutan Simpanan Bukit Lagong.
-
Apakah sebabnya untuk mewujudkan 27 tapak kuari baharu?
-
Bagaimana kerajaan memastikan aktiviti perlombongan kuari tidak menjejas kehidupan penduduk sekeliling?
197) SKIM KESIHATAN WANITA (MAMMOSEL)
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status program Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL) sekarang?
-
Senaraikan penerima manfaat yang diterima mengikut DUN dari tahun 2020.
197) TANAH TERBIAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Di Hulu Langat Agrotech terdapat banyak tanah-tanah pertanian terbiar. Berapakah keluasannya.
-
Kenapakah kerajaan PR tidak memanfaatkan tanah tersebut.
-
Adakah kerajaan bercadang untuk memberi TOL kepada yang berminat disebabkan ramai pengusaha yang berminat.
197) LOGO 1 MALAYSIA DILARANG GUNA PAKAI DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Adakah logo 1 Malaysia menggugat kedudukan Kerajaan Negeri Selangor ?
-
Jika tidak, kenapa logo 1 Malaysia tidak boleh diguna pakai di Negeri Selangor ?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap Ahli Mesyuarat Kerajaan yang bertanggung dalam isu ini ?
197) KESELAMATAN DALAM BANDAR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan untuk meningkatkan keselamatan harta benda awam daripada kecurian dan vandalisme?
197) FLY-OVER BANDAR SAUJANA PUTRA
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Semasa kerja-kerja penanaman cerucuk ‘bored pile' untuk Abutment A, pihak perunding mendapati ianya tidak sesuai dan reka bentuk 'bored pile' telah ditukar kepada cerucuk 'spun pile'. Mengapakah penemuan ini hanya diketahui kemudian dan bukannya lebih awal?
197) Operasi Tembak Gagak
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak program menembak gagak yang dijalankan di setiap PBT setiap tahun sejak 2018?
-
Senaraikan bilangan burung gagak yang ditembak, kos perbelanjaan setiap operasi serta lokasi setiap operasi tersebut.
197) ZAKAT UNTUK PELAJAR
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Mengapakah terdapat syarat tambahan seperti mesti menandatangani surat aku janji bagi pelajar Selangor di Mesir yang ingin mendapatkan bantuan zakat?
-
Apakah isi kandungan aku janji tersebut dan apakah justifikasi ia diwujudkan? Apakah perbandingan prestasi sebelum dan selepas akujanji ini diwujudkan?
-
Apakah peranan pegawai yang dilantik oleh MAIS yang bertugas di Mesir di samping para pelajar di sana? Mengapakah ia perlu diwujudkan dan apakah tindakan beliau terhadap pelajar yang dikatakan dihalau daripada asrama dan terpaksa tidur di kaki lima?
197) SELANGOR KE DEPAN DALAM PENCIPTAAN PEKERJAAN BARU
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Selangor telah muncul teratas dalam penciptaan pekerjaan baru. Apakah sektor yang menyumbang kepada penciptaan pekerjaan baru tersebut?