197) PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah syarikat pelaburan asing yang melabur di Negeri Selangor sehingga Jun 2019?
-
Berapakah nilai pelaburan yang telah berjaya dibawa untuk tahun ini?
-
Berapa banyak peluang pekerjaan dapat dimanfaat dengan pelaburan yang diperolehi untuk rakyat Negeri Selangor?
197) PENGGUNAAN DEWAN-DEWAN AWAM PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) DAN MAJLIS PERWAKILAN KESELAMATAN KAMPUNG (MPKK)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
-
Apakah prosedur untuk menggunakan dewan-dewan awam PBT dan MPKK di Negeri Selangor?
-
Berapa jumlah dewan-dewan awam PBT yang diuruskan oleh pihak swasta?
-
Adakah ADN pembangkang dibenarkan untuk menyewa dan menggunakan kemudahan dewan-dewan awam ini?
197) RIQAB
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
-
Berapakah golongan Riqab yang telah dikenal pasti di Negeri Selangor?
-
Apakah tempoh yang diperlukan oleh institusi di bawah MAIS dan NGO untuk mengeluarkan golongan Riqab daripada kategori asnaf?
197) PERCERAIAN DI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik perceraian di Negeri Selangor dari tahun 2013 sehingga Januari 2015 mengikut pecahan bangsa dan daerah?
-
Berapakah jumlah kes permohonan perceraian yang belum selesai dan masih dibicara mengikut pecahan bangsa dan daerah?
197) TEGURAN AUDIT TERHADAP PKNS
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah pembetulan yang telah diambil oleh PKNS berkaitan dengan dasar perolehannya setelah perkara ini telah diaudit, ditegur dan dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri Tiga 2014 terhadap PKNS?
197) PEMINDAHAN LADANG TERNAKAN AYAM DI DESA COALFIELD
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Sejak perumahan di Taman Saujana Utama dan Desa Coalfield di buka beberapa tahun lalu, ladang ternakan ayam yang sudah lama wujud di kawasan berkenaan telah menimbulkan bantahan penduduk akibat pencemaran bau yang kurang menyenangkan. Kita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri akan memindahkan ladang ternakan ayam berkenaan ke Jeram. Bilakah pemindahan itu akan dilaksanakan dan di manakah ladang ternakan baru itu ditempatkan?
-
Adakah tempat ladang ternakan ayam yang baru itu nanti bersesuaian dan tidak akan menimbulkan masalah dan bantahan kepada penduduk sekitarnya sedangkan kawasan Jeram juga sudah sarat dengan masalah pencemaran bau?
-
Sila senaraikan ladang-ladang ternakan bermasalah lain yang sedia untuk dipindahkan dan lokasi penempatan baru di daerah Kuala Selangor?
197) PENYAKIT CORONAVIRUS
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Apakah kesan ancaman coronavirus kepada sektor pelancongan Negeri Selangor?
-
Nyatakan statik pelancong yang datang ke kawasan strategik pelancongan di kawasan Hulu Selangor?
197) KEROSAKAN LAMPU DI KAWASAN TAMAN PERMAINAN PUTRA PERDANA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan pihak PBT berkenaan kerosakan lampu-lampu di beberapa (12) taman permainan di sekitar Taman Putra Perdana?
197) LEBUHRAYA PANTAI BARAT
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pelaksanaan dan pembinaan Lebuhraya Pantai Barat di bahagian Seksyen 1 dan Seksyen 2, iaitu bahagian yang menghubungi Lebuhraya Persekutuan, KESAS dan SKVE?
197) PENAMBAHAN PERUNTUKAN BAIKPULIH JALAN DI DUSUN TUA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kos yang telah diperuntukan bagi membaik pulih jalan di Dusun Tua?
-
Pertambahan industri kuari menjadi penyumbang kerosakan jalan di Dusun Tua,
apakah tindakan kerajaan kepada kerosakan jalan yang kerap berlaku?