196) PERKEMBANGAN PERDAGANGAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Mohon nyatakan jumlah perdagangan negeri Selangor di luar negara bagi tahun 2008. Sila nyatakan butiran.
-
Mohon nyatakan 10 negara terbesar yang menjadi rakan dagang Negeri Selangor.
-
Mohon nyatakan strategi kerajaan untuk meningkatkan jumlah perdagangan di Negeri Selangor bagi tahun 2009
197) PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kehadiran pengunjung ke perpustakaan awam dari 2014-2016
-
Senaraikan program yang dilaksanakan pada tahun 2018 bagi menarik kehadiran pengunjung.
197) INSENTIF KERAJAAN DITAWARKAN KEPADA PENGUSAHA INDUSTRI KECIL SEDERHANA
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Apakah insentif kerajaan yang ditawarkan kepada pengusaha-pengusaha Industri Kecil Sederhana?
-
Berapakah kawasan industri kecil sederhana yang didapati di Selangor? Sila kemukakan lokasi mengikut Daerah
197) PENILAIAN PRESTASI EXCO
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Apakah mekanisme yang diguna pakai untuk menilai prestasi ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sejak Mac 2008?
-
Sudahkah penilaian dibuat? Jika ya, apakah kesimpulan dan langkah memperbaiki yang akan diambil? Jika belum, apakah sebabnya?
197) PERUBAHAN IKLIM DALAM INDUSTRI PERTANIAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri telah merangka apa-apa pelan mitigasi bagi memastikan sumber air mencukupi untuk tujuan pertanian bagi membantu petani menghadapi kesan perubahan iklim, terutamanya kesan kemarau panjang ?
-
Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan kesediaan petani kecil yang bergantung kepada hasil tani mereka sebagai sumber pendapatan utama dalam menghadapi risiko perubahan cuaca ekstrem?
197) RANCANGAN PEMBESARAN KAMPUNG JENDERAM HILIR, TAMAN JENDERAM MURNI (FASA 2)
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini perlaksanaan Fasa 2 projek ini?
-
Apakah bentuk penyelesaian terhadap permasalahan Òkawasan rayauÓ Orang Asli di kawasan tersebut?
-
Bilakah dijangka permasalahan ini akan dapat diselesaikan?
197) INSENTIF PENIAGA KECIL LUAR BANDAR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah bantuan yang disalurkan kepada para peniaga kecil yang terjejas akibat perintah kawalan pergerakan akibat covid-19?
-
Nyatakan jenis bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan negeri?
-
Nyatakan jumlah penerima bantuan tersebut mengikut pecahan DUN di Selangor?
197) PENIPUAN ATAS TALIAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Berapakah kes penipuan atas talian telah berlaku di Selangor semenjak PKP?
-
Berapakah jumlah nilai yang telah ditipu?
-
Apakah rancangan kerajaan Selangor untuk mengatasi masalah ini?
197) SUBSIDI AIR 20M3
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri akan meneruskan subsidi air 20m3 air kepada semua pengguna di Selangor?
-
Sekiranya keadaan mendesak, adakah perancangan Kerajaan Negeri untuk hanya memberi subsidi hanya kepada pengundi di Selangor sahaja?
197) SKIM KESIHATAN WANITA (IPR 6)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah peserta program dan perbelanjaan IPR 6 dari 2014-2016 mengikut bangsa
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan hasrat 1 juta wanita Selangor sihat tercapai?
-
Apakah Kerajaan Negeri menjalin sebarang kerjasama dengan pihak korporat atau NGO bagi meningkatkan keberkesanan skim ini kepada wanita Selangor?