196) SELANGOR BANDAR SELAMAT
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan secara terperinci projek bandar selamat yang dilaksanakan di Selangor?
-
Berapakah peruntukan tahunan bagi melaksanakan projek bandar selamat di Selangor?
-
Berapa jangka masa yang ditetapkan bagi memastikan Selangor mencapai tahap bandar selamat?
196) PERKEMBANGAN PERDAGANGAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Mohon nyatakan jumlah perdagangan negeri Selangor di luar negara bagi tahun 2008. Sila nyatakan butiran.
-
Mohon nyatakan 10 negara terbesar yang menjadi rakan dagang Negeri Selangor.
-
Mohon nyatakan strategi kerajaan untuk meningkatkan jumlah perdagangan di Negeri Selangor bagi tahun 2009
196) WARISAN BUDAYA BANGSA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan untuk mengekalkan dan mengangkat warisan adat budaya bangsa?
196) MASJID BARU PEKAN DENGKIL
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah status dan perkembangan terbaru projek Masjid ini?
-
Bilakah projek pembinaan masjid ini boleh dimulakan?
-
Berapakah pecahan peruntukan dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk pembinaan masjid ini?
196) PEMBANGUNAN TANAH KERAJAAN DI LOT 3 DAN TANAH JKR PEKAN MERU
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Bilakah kerajaan negeri akan mula merobohkan kedai di atas tanah kerajaan Lot 3 Pekan Meru?
-
Apakah perancangan JKR Klang ke atas tanah mereka di hadapan dewan orang ramai MPK Pekan Meru dan bilakah tanah tersebut akan dibangunkan?
196) PENGGUNAAN AIR BAWAH TANAH ATAU ABSTRAK AIR SUNGAI
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Mohon penjelasan berkaitan prosedur Penggunaan Air Bawah Tanah seperti penggalian Telaga Tiub dan abstrak air sungai untuk kegunaan persendirian atau industr
-
Berapakah bilangan pengguna di Selangor yang mendapat kebenaran menggunakan Telaga Tiub/abstrak air tanah/sungai sehingga kini terutama di Lembangan Sungai Semenyih?
-
Apakah caj-caj yang dikenakan dan sebanyak mana perolehan hasil daripada kelulusan penggunaan air bumi/air sungai yang diluluskan?
196) PERUMAHAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini pembinaan Rumah Idaman Rakyat Selangor?
196) PENGUATKUASA KERAJAAN TEMPATAN DAN PEJABAT DAERAH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri ada membuat kajian punca-punca kenapa pihak penguatkuasa kerajaan tempatan dan pejabat daerah lambat untuk bertindak dengan cepat terhadap aduan rakyat tempatan terhadap warga asing yang berniaga, aktiviti pembuangan sampah haram dan pencerobohan tanah kerajaan?
-
Apakah tindakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu golongan B40?
-
Apakah sistem data maklumat yang akan dirujukan untuk golongan B40?
196) MASALAH SAMPAH
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan dan strategi kerajaan untuk menangani masalah sampah yang semakin serius di Selangor?
-
Apakah kelemahan-kelemahan dan masalah yang sedang dihadapi kerajaan dan berikan huraian terhadapnya?
196) PERPUSTAKAAN DESA TAMAN SRI MEDAN, TELOK PANGLIMA GARANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini pembangunan Perpustakaan Desa Taman Sri Medan, Telok Panglima Garang yang mana tapak tersebut telah diwartakan sebagai perpustakaan awam sebelum ini?