196) MASALAH SAMPAH
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan dan strategi kerajaan untuk menangani masalah sampah yang semakin serius di Selangor?
-
Apakah kelemahan-kelemahan dan masalah yang sedang dihadapi kerajaan dan berikan huraian terhadapnya?
196) KESAN CUKAI GOODS & SERVICES TAX (GST) TERHADAP EKONOMI NEGER
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Apakah jangkaan kesan positif dan negatif kepada ekonomi negeri bila cukai GST mula diperkenalkan tahun depan?
-
Apakah GST akan memberi kesan negatif kepada rakyat Selangor?
196) PRESTASI PERBELANJAAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN SELANGOR (JPS)
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan secara terperinci prestasi perbelanjaan pembangunan JPS yang diumumkan dalam Bajet Selangor 2017.
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan peruntukan Bajet 2017 dibelanjakan mengikut SOP yang ditetapkan?
196) MENGGALAKKAN RAKYAT MENCEBURI BIDANG SUKAN SECARA PROFESSIONAL
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan lebih ramai orang menceburi bidang sukan?
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina lebih banyak gelanggang-gelanggang futsal disetiap Kawasan perumahan?
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina satu Akademi Sukan Khas untuk mengembangkan bakat rakyat Negeri Selangor dalam bidang sukan secara Professional?
196) PEKERJAAN UNTUK RAKYAT
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan untuk memastikan kadar pengangguran di negeri ini ditanggani dengan baik?
-
Apakah jenis-jenis pekerjaan yang ditawarkan kepada golongan ini?
-
Berapa orangkah yang telah mendapat menfaat ini?
196) Status Perbandaran Majlis Daerah Kuala Selangor
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Bilakah Majlis Daerah Kuala Selangor akan dinaiktaraf menjadi perbandaran?
196) PERBELANJAAN PENYELENGARAAN JKR SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Merujuk kepada jawapan JKR Selangor dalam sesi yang lalu, JKR Selangor telah menerima peruntukkan sebanyak RM 70juta untuk tahun 2009 dan RM 30juta untuk tahun 2010 untuk tujuan penyelenggaraan jalan oleh konsesi dan JKR Daerah daripada Kerajaan Pusat. JKR juga melaporkan bahawa kontraktor penyelenggaraan yang dilantik telah gagal melaksanakan tugas mereka dengan sempurna. Siapakah kontraktor penyelenggaraan baru sekarang dan apakah kerja-kerja yang telah dilakukan olehnya sehingga kini.
196) PERPUSTAKAAN DESA TAMAN SRI MEDAN, TELOK PANGLIMA GARANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini pembangunan Perpustakaan Desa Taman Sri Medan, Telok Panglima Garang yang mana tapak tersebut telah diwartakan sebagai perpustakaan awam sebelum ini?
196) PROJEK MEMBERSIHKAN SUNGAI KLANG
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Bilakah projek membersihkan Sungai Klang akan dimulakan dan tempoh masa untuk membersihkan Sungai Klang?
-
Berapakah peruntukkan akan dibelanjakan dalam projek ini?
-
Apakah teknologi yang digunakan?
196) BANTUAN MENDAPATKAN KAD PENGENALAN BIRU
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Berapa ramaikah warga Selangor yang masih belum memiliki Kad Pengenalan Biru?
-
Apakah tindakan untuk atasi masalah mendapatkan kad pengenalan biru?