196) ISU PENJUALAN SEMULA TANAH KERAJAAN NEGERI DI MUKIM IJOK KUALA SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah kewajaran kerajaan negeri memberikan semula tanah yang dirampas sebelum ini daripada Syarikat LBCN Sdn. Bhd sedangkan kes itu didakwa masih lagi dalam proses pertikaian di mahkamah persekutuan?
-
Bagaimana pula dengan nasib peneroka asal tanah berkenaan?
196) PEMBINAAAN JALAN BARU DI KAWASAN PERUMAHAN DAN KILANG SEDIA ADA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Adakah sebarang dasar kerajaan untuk membina jalan baru di kawasan-kawasan perumahan sedia atas sebab-sebab keadaan semasa seperti faktor keselamatan penduduk, harta benda atau kacau ganggu ?
196) SELANGOR BANDAR SELAMAT
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan secara terperinci projek bandar selamat yang dilaksanakan di Selangor?
-
Berapakah peruntukan tahunan bagi melaksanakan projek bandar selamat di Selangor?
-
Berapa jangka masa yang ditetapkan bagi memastikan Selangor mencapai tahap bandar selamat?
196) PERKEMBANGAN PERDAGANGAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Mohon nyatakan jumlah perdagangan negeri Selangor di luar negara bagi tahun 2008. Sila nyatakan butiran.
-
Mohon nyatakan 10 negara terbesar yang menjadi rakan dagang Negeri Selangor.
-
Mohon nyatakan strategi kerajaan untuk meningkatkan jumlah perdagangan di Negeri Selangor bagi tahun 2009
196) PEMBANGUNAN DAN KECERIAAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyusun dan membangunkan semula DUN Sentosa lebih kemas dan tersusun serta sistematik terhadap pembangunannya kerana dalam Taman Sentosa mempunyai lebih 18 taman?
196) PENGGERAK BELIA SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Apakah matlamat Penggerak Belia Selangor yang dilantik?
-
Apakah kriteria pemilihan dan bagaimana proses pemilihan?
-
Berapakah peruntukan dana bagi menggerakkan Penggerak Belia Selangor?
196) TINDAKAN TERHADAP SALAH GUNA TANAH
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan terhadap tanah kosong milik awam yang disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil setakat ini?
196) GOLONGAN B40
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Berapa jumlah bilangan dan peratus rakyat Selangor merupakan golongan B40 mengikuti DUN?
-
Apakah tindakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu golongan B40?
-
Apakah sistem data maklumat yang akan dirujukan untuk golongan B40?
196) MASALAH SAMPAH
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan dan strategi kerajaan untuk menangani masalah sampah yang semakin serius di Selangor?
-
Apakah kelemahan-kelemahan dan masalah yang sedang dihadapi kerajaan dan berikan huraian terhadapnya?
196) PERPUSTAKAAN DESA TAMAN SRI MEDAN, TELOK PANGLIMA GARANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini pembangunan Perpustakaan Desa Taman Sri Medan, Telok Panglima Garang yang mana tapak tersebut telah diwartakan sebagai perpustakaan awam sebelum ini?