20) HARGA RUMAH DAN HARTANAH
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah kerajaan Negeri dalam mengawal harga rumah yang melambung tinggi khususnya selepas perlaksanaan GST ?
-
Adakah kerajaan Negeri dapat menjamin harga rumah mampu milik kekal walaupun selepas perlaksanaan GST ?
20) INDUSTRI AERO ANGKASA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri melalui Selangor Aerospace Council untuk menyuburkan ekosistem industri Aero Angkasa yang berdaya saing di 3S Aerospace Belt?
20) ARAK
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah arak boleh dijual di kedai serbaneka seperti 7-eleven di Shah Alam malah turut berlaku di pekan kecil seperti Sabak Bernam sedangkan hal ini tidak berlaku sebelum ini ?
-
Apakah mekanisme yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa agama dalam membendung penjualan arak di kawasan majoriti Islam?
-
Jika ada,apakah jaminan pihak berkuasa agama bahawa mekanisme tersebut memang boleh dilaksanakan. Adakah pihak berkuasa agama bersetuju jika saya kata kan bahawa ada pihak tertentu yang memang mahukan agar arak mudah diperolehi
20) EKONOMI BELIA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha-usaha Kerajaan Selangor untuk menambahbaik keadaan ekonomi anak muda termasuk meningkatkan purata pendpatan mereka pada pasca pandemik COVID-19?
-
Sejauh manakah keberkesanan usaha-usaha tersebut ?
20) LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN – PEMBINAAN JALANRAYA BESTARI JAYA DAN PEKAN SIMPANG 3 IJOK
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang dirancang oleh kerajaan untuk mengelakkan bahaya di jalan raya ini?
20) MENINGKATKAN INTEGRITI KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi meningkatkan tahap integriti di kalangan kakitangannya?
-
Apakah tindakan yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri jika terdapat kebocoran maklumat Kerajaan Negeri yang dilakukan oleh kakitangannya?
-
Bagaimanakah penglibatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam pentadbiran Kerajaan Negeri?
20) DASAR ALAM SEKITAR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Mulut
-
Apakah visi jangka panjang Kerajaan Negeri Selangor mengenai pembangunan
mampan yang seimbang antara ekonomi, alam sekitar dan kesihatan masyarakat? -
Bagaimana Kerajaan Negeri merancang untuk melibatkan komuniti dalam penggubalan dasar berkaitan alam sekitar?
20) PERTANIAN (SEKTOR PERLADANGAN)
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah pelaburan yang dibuat oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (ÓPKPSÓ) setakat ini terhadap komoditi-komoditi utama seperti kelapa sawit dan buah-buahan yang dilihat mampu memberikan pulangan yang tinggi.
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mengurangkan kesan akibat dari ketidakstabilan harga pasaran komoditi seperti kelapa sawit yang dilaporkan menjunam sehingga 16% hanya dalam masa 2 minggu yang lepas.
20) ILTIZAM ANAK SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Daerah Sabak Bernam adalah bersempadan dengan Negeri Perak , kebanyakan anak-anak Selangor ini dilahirkan di hospital Teluk Intan dan secara automatiknya didaftrar dengan kod negeri ( 08 ) , setelah itu mereka tinggal dengan ibubapa mereka yang menetap di Sabak Bernam , Selangor.
-
Yang menjadi permasalahannya ialah mereka tidak mendapat manafaat Iltizam Anak Selangor kerana berstatus kod ( 08 ).
Apakah ada tindakan dan usaha pihak Kerajaan Negeri mengatasi masalah status anak-anak di sempadan negeri ini?
20) PENCEMARAN UDARA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Pencemaran udara daripada pembakaran plastik di Ijok amat ketara. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri, PTD dan Majlis Tempatan untuk membenteras aktiviti haram ini?