196) PRESTASI PERBELANJAAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN SELANGOR (JPS)
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan secara terperinci prestasi perbelanjaan pembangunan JPS yang diumumkan dalam Bajet Selangor 2017.
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan peruntukan Bajet 2017 dibelanjakan mengikut SOP yang ditetapkan?
196) JALAN LADANG DAN JALAN PLB DI DUN SABAK
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jalan-jalan ladang yang telah dinaik taraf kepada jalan PLB.
-
Nyatakan jalan-jalan PLB yang akan masuk dalam senarai baik pulih untuk tahun 2024/2025.
-
Nyatakan jalan-jalan yang telah dinaik taraf kepada jalan PLB di DUN Sabak.
196) BANTUAN MENDAPATKAN KAD PENGENALAN BIRU
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Berapa ramaikah warga Selangor yang masih belum memiliki Kad Pengenalan Biru?
-
Apakah tindakan untuk atasi masalah mendapatkan kad pengenalan biru?
196) PEKERJAAN UNTUK RAKYAT
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan untuk memastikan kadar pengangguran di negeri ini ditanggani dengan baik?
-
Apakah jenis-jenis pekerjaan yang ditawarkan kepada golongan ini?
-
Berapa orangkah yang telah mendapat menfaat ini?
196) Status Perbandaran Majlis Daerah Kuala Selangor
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Bilakah Majlis Daerah Kuala Selangor akan dinaiktaraf menjadi perbandaran?
196) PERPUSTAKAAN AWAM DI PAYA JARAS
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membangunkan sebuah perpustakaan awam untuk penduduk di Paya Jaras?
-
Adakah cadangan tapak perpustakaan di Saujana Utama telah digazetkan sebagai tanah perpustakaan?
-
Bilakah projek perpustakaan awam tersebut akan dimulakan?
196) PROJEK MEMBERSIHKAN SUNGAI KLANG
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Bilakah projek membersihkan Sungai Klang akan dimulakan dan tempoh masa untuk membersihkan Sungai Klang?
-
Berapakah peruntukkan akan dibelanjakan dalam projek ini?
-
Apakah teknologi yang digunakan?
196) PROJEK TERBENGKALAI LEBUH RAYA MEX II
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Mulut
-
Projek lebuhraya MEX II sepanjang 18 km dari Putrajaya ke FT26 lebuh raya KLIA bermula dari 2016 dan dijangka siap pada akhir 2019 tetapi sehingga kini projek ini masih tergendala dan menjadi punca banjir lumpur. Apakah usaha untuk selesaikan isu?
196) VAKSINASI ORANG ASLI
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kampung Orang Asli yang telah menerima Vaksinasi COVID-19, termasuk jumlah orang dalam kampung-kampung tersebut.
-
Berapa orang telah meninggal dunia di kalangan Orang Asli Selangor?
-
Apa langkah-langkah proaktif yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan Kesihatan Orang Asli terjamin?
196) KEBENARAN PENGGUNAAN PREMIS MILIK KERAJAAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempertimbangkan kebenaran kepada semua entiti termasuk parti politik pembangkang untuk menyewa premis milik kerajaan untuk meningkatkan pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan?