195) PENERANGAN KEPADA RAKYAT
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah medium penerangan dasar serta program KNS, selain TV Selangor dan akhbar Selangor kini?
-
Apakah perancangan masa depan TV Selangor untuk memantapkan lagi pengurusan serta mengembangkan penembusan siaran kepada rakyat?
195) SELANGOR JOB SKILLS COUNCIL
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan status penubuhan Selangor Job Skills Council.
195) PROJEK JALAN KAMPUNG
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan Projek membaiki jalan-jalan kampung yang diluluskan di Negeri Selangor pada tahun 2023 dan berapakah jumlahnya yang diperuntukkan untuk kampung-kampung di dalam kawasan Sungai Burong?
195) PENAMBAHAN PERUNTUKAN BAIK PULIH SISTEM PERPARITAN DI KAWASAN PERKAMPUNGAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan kerajaan dalam menyelesaikan masalah sistem perparitan kawasan luar bandar?
-
Apakah ada disediakan peruntukan khas atau kecemasan bagi pembinaan atau baikpulih sistem perparitan sedia ada memandangkan banyak perparitan yang terjejas akibat banjir baru-baru ini?
195) HASIL TANAMAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Hasil tanaman di peringkat Nasional semakin merosot, nyatakan kaedah atau pelan tindakan untuk meningkatkan hasil tanaman petani seperti kelapa sawit, padi dan kelapa di Selangor.
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai kajian khusus mengenai hasil tanaman merosot? Jika ada, nyatakan hasil kajian tersebut?
195) TANAH KERAJAAN DI TAMAN SEROJA, JALAN REKO, KAJANG
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Sekelompok penduduk India dan Cina telah mendiami di atas tanah tol sejak 30 tahun lalu. Mereka memohon pecah lot bagi memiliki tanah tersebut dan mengangkat permohonan kepada pihak berkuasa. Apakah kedudukan status tanah tersebut?
-
Adakah kemungkinan permohonan mereka diluluskan?
-
Jika tidak, mengapa sebahagian tanah-tanah berdekatan telah diberi hak milik?
195) JABATAN YANG TIDAK PERLU MENJAWAB SEBARANG PERTANYAAN SEPANJANG 2015
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jika ada, apakah jabatan yang tidak ditujukan sebarang pertanyaan yang perlu dijawab.
-
Mengapakah perkara tersebut berlaku kepada jabatan berkenaan?
-
Adakah wujud kaitan antara prestasi jabatan dengan bilangan pertanyaan yang ditujukan kepadanya?
195) PERKAMPUNGAN ORANG ASLI
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Senaraikan perkampungan-perkampungan orang asal yang terdapat di dalam Negeri Selangor
-
Juga nyatakan perangkaan jumlah penduduk-penduduk di perkampungan tersebut
-
Apakah perancangan atau program Kerajaan Negeri Selangor mendekati juga membangunkan kehidupan mereka-mereka itu?
195) PUSAT JUDI DAN RUMAH URUT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah terkini pusat judi dan rumah urut yang beroperasi dengan kebenaran di Negeri Selangor?
-
Apakah usaha kerajaan negeri bagi memastikan pusat judi dan rumah urut ini tidak bertambah?
196) PROGRAM KAJIAN PAVEMEN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumpah peruntukan bagi melaksanakan Program Kajian Pavemen
-
Nyatakan pihak yang diberi tanggungjawab melaksanakan kajian tersebut
-
Bilakah program tersebut akan dilaksanakan serta kawasan-kawasan yang dikenalpasti