195) PENYELENGGARAAN RUMAH PANGSA KOS RENDAH
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan dan berapakah jumlah unit rumah pangsa yang mendapat faedah dari program ini?
-
Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk meluaskan bantuan yang diberikan kepada rumah pangsa kos rendah?
195) NGO ALAM SEKITAR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif yang diambil untuk meningkatkan kesedaran dan pendidikan masyarakat mengenai isu alam sekitar ini?
-
Apakah bentuk-bentuk kerjasama yang telah dijalankan di antara Kerajaan Negeri
Selangor dengan NGO dan masyarakat di dalam isu alam sekitar?
195) PERMOHONAN PENDUDUK UNTUK JALAN BERTAR, BONGGOL, SPEED BREAKER DAN GARISAN KUNING
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
-
Apakah prosedur terkini yang perlu dilakukan oleh penduduk tempatan untuk memohon jalan bertar, bonggol, speed breaker dan garisan kuning di kawasan mereka?
-
Pihak manakah yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan sebarang permohonan oleh penduduk?
195) KAWASAN PENEMPATAN TIDAK TERANCANG
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah pendirian kerajaan ke atas kawasan penempatan lot tanah yang dipecah-pecahkan yang dibina rumah-rumah tanpa terancang
-
Bagaimanakah kerajaan dapat membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut.
195) PERPUSTAKAAN
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Berapakah perpustakaan desa yang telah dibina sejak tahun 2008 mengikut DUN?
-
Berapakah jumlah pelawat yang pernah mengunjungi perpustakaan kerajaan di Shah Alam sejak ia dirasmikan. Sila sebut mengikut jantina dan umur.
-
Apakah bahan bacaan yang diminati oleh pelawat perpustakaan kerajaan di Shah Alam?
195) PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan berniat menyusun semula struktur organisasi Pusat Wanita Berdaya supaya ia lebih berkesan untuk memperkasakan wanita setempat?
-
Apakah usaha lain yang akan dilakukan untuk membangunkan wanita Selangor?
195) PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan sasaran % penggunaan pengangkutan awam yang ingin dicapai oleh Kerajaan Negeri Selangor.
-
Sila bekalkan peta biru untuk menunjukkan cara bagaimana sasaran tersebut akan dicapai?
195) RIZAB KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan prestasi terkini akaun bersatu dan dalam simpanan rizab Kerajaan Negeri sehingga Oktober tahun 2020.
-
Nyatakan perbezaan dari tahun 2019 dan sehingga Oktober 2020 rizab Kerajaan Negeri Selangor.
195) LRA SEMENYIH 2, LANGAT 2 DAN LABOHAN DAGANG
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini perlaksanaan projek loji rawatan air tersebut?
-
Sejauh manakah operasi LRA tersebut dapat menampung peningkatan penggunaan air di Selangor?
195) BALAI POLIS TAMAN PUTRA PERDANA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Adakah tapak cadangan pembinaan balai polis ini telah diserahkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan?
-
Apakah permasalahan yang dihadapi dan apakah jalan penyelesaian untuk mempercepat proses ini?