194) TOURISM SELANGOR SDN BHD (TSSB)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kedudukan kewangan terkini TSSB dari tahun 2013-2015.
-
Senaraikan nama, gaji, elaun dan kemudahan yang diterima Ahli Lembaga Pengarah TSSB.
194) PROSEDUR PENYELENGGARAN DAN PEMBAIKAN CERUN DAN TEBING SUNGAI DALAM NEGERI
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah -langkah Kerajaan dalam kerja penyelengaraan kerja pembaikan cerun yang berdekatan kawasan perumahan?
-
Apakah prosedur Kerajaan dalam kerja penyelengaraan dan pembaikan tebing sungai yang berdekatan kawasan perumahan?
-
Berapakah tempoh masa untuk kelulusan kerja-kerja pembaikan cerun dan tebing sungai tersebut?
194) KADAR JENAYAH DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan indeks jenayah (mengikut kategori) mengikut setiap daerah di Selangor bagi tahun 2007-2013.
-
Apakah perancangan dan strategi Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan keselamatan penduduk Selangor adalah terjaga memandangkan banyak aduan diterima daripada penduduk yang menyatakan mereka rasa tidak selamat?
194) WIFI SELANGORKU
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua lokasi hotspot WiFi Selangorku mengikut DUN dan maklumat pembekal perkhidmatan internet (ISP) yang berkaitan untuk setiap hotspot.
-
Berapa banyak telah diperuntukkan untuk program ini pada tahun 2015 dan berapa banyak telah dibelanjakan setakat sekarang?
194) PROJEK NAIK TARAF JALAN KLANG LAMA
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri apabila projek lewat disiapkan selama 23 bulan?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri apabila projek tidak memenuhi kriteria perolehan secara rundingan terus justeru tidak ekonomi?
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap kualiti kerja yang tidak memuaskan?
194) PENJANAAN SUMBER BARU UNTUK NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah tanah kerajaan mengikut kategori tanah bagi tahun 2006-2016 mengikut pecahan daerah.
-
Apakah strategi dan fokus Kerajaan Negeri Selangor bagi menjana sumber pendapatan yang baru memandangkan rizab tanah Kerajaan semakin berkurangan?
194) KELEWATAN PEMBINAAN JALAN KAWASAN BUKIT DAMAR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Mengapa pembinaan jalanraya kawasan Bukit Damar yang telah diluluskan masih belum dijalankan sebarang kerja-kerja pembinaan dan bilakah ia dijangka untuk bermula serta disiapkan?
194) PELUANG PEKERJAAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah peluang pekerjaan di Selangor dari 2014-2017.
-
Senaraikan program yang dianjurkan pada 2017 bagi meningkatkan peluang pekerjaan serta kos dan keberkesanannya.
194) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan perancangan Kerajaan untuk mengurangkan kejadian pencemaran sungai-sungai di dalam negeri. Adakah Kerajaan merancang untuk menambah beratkan hukuman yang sedia ada di dalam undang-undang?
194) PROJEK USAHASAMA PENGELUARAN AYAM DAN TELUR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini pengeluaran ayam dan telur di bawah projek usahasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Chareon Pokphand Group (CP) Thailand?