20) MAJLlS DAERAH
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Syarikat Alam Flora telah dilantik untuk membekalkan perkhidmatan membuang sampah, penjagaan longkang dan rumput di Negeri Selangor. Namun begitu, masih ada banyak rungutan daripada orang ramai mengenai sampah sarap yang tidak dikutip yang mengakibatkan longkang tersumbat menyebabkan kejadian banjir yang berleluasa dewasa ini. Apakah sistem pemantauan yang digunakan oleh pihak berkuasa yang berkenaan untuk melancarkan lagi perkhidmatan ini tanpa masalah?
-
Berapa banyak yang telah dibayar oleh Majlis Daerah Kuala Selangor kepada Syarikat Alam Flora pada tahun 2006 dan 2007?
-
Bagaimanakah cara untuk memperbaiki lagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan sekarang ini?
20) ARAK
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah arak boleh dijual di kedai serbaneka seperti 7-eleven di Shah Alam malah turut berlaku di pekan kecil seperti Sabak Bernam sedangkan hal ini tidak berlaku sebelum ini ?
-
Apakah mekanisme yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa agama dalam membendung penjualan arak di kawasan majoriti Islam?
-
Jika ada,apakah jaminan pihak berkuasa agama bahawa mekanisme tersebut memang boleh dilaksanakan. Adakah pihak berkuasa agama bersetuju jika saya kata kan bahawa ada pihak tertentu yang memang mahukan agar arak mudah diperolehi
20) PEMBANGUNAN USAHAWAN INDIA
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Selain bantuan melalui program usahawan dan pertanian, apakah perancangan
lain bagi membantu memberdaya masyarakat India di Selangor?
20) PENCEMARAN UDARA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Pencemaran udara daripada pembakaran plastik di Ijok amat ketara. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri, PTD dan Majlis Tempatan untuk membenteras aktiviti haram ini?
20) BANGUNAN BERSEJARAH DAN WARISAN SELANGOR DI KUALA LUMPUR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua bangunan bersejarah yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta keadaan guna pakai bangunanbangunan tersebut pada masa sekarang
20) ISU BANJIR DI KAWASAN TAMAN HARMONI, BALAKONG
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
-
Bagaimana Kerajaan Negeri dapat mengatasi masalah banjir di Taman Harmoni, Balakong yang telah berlaku lebih daripada 10 Tahun?
20) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI BUKIT PANDAN DUN TERATAI
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan status projek tersebut.
-
Adakah projek tersebut diambil alih oleh syarikat lain? Jika ada sila berikan nama syarikat dan latar belakangnya
20) MENINGKATKAN INTEGRITI KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi meningkatkan tahap integriti di kalangan kakitangannya?
-
Apakah tindakan yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri jika terdapat kebocoran maklumat Kerajaan Negeri yang dilakukan oleh kakitangannya?
-
Bagaimanakah penglibatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam pentadbiran Kerajaan Negeri?
20) PENJAWAT AWAM
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan penjawat awam bawah Negeri Selangor dengan perbandingan tahun yang lepas?
-
Apakah langkah untuk peningkatan bilangan penjawat awam yang makin tinggi dengan mengunakan teknologi baru?
20) SEKTOR PELANCONGAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapa peratuskah pendapatan dari sumber sektor ini kepada kerajaan negeri?
-
Nyatakan pertambahan semasa pentadbiran kini dan BN dahulu
-
Bagaimanakah pelancongan di Selangor dapat meningkatkan sumber pendapatan negeri?