194) KELEWATAN PEMBINAAN JALAN KAWASAN BUKIT DAMAR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Mengapa pembinaan jalanraya kawasan Bukit Damar yang telah diluluskan masih belum dijalankan sebarang kerja-kerja pembinaan dan bilakah ia dijangka untuk bermula serta disiapkan?
194) PERTUKARAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN PBT
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan juga bercadang untuk melibatkan wakil rakyat dalam menentukan pertukaran pegawai-pegawai kanan dalam PBT?
-
Bagaimanakah dasar ini dapat memanfaatkan kerajaan negeri dari segi prestasi dan kualiti kerja PBT?
194) PROJEK USAHASAMA PENGELUARAN AYAM DAN TELUR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini pengeluaran ayam dan telur di bawah projek usahasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Chareon Pokphand Group (CP) Thailand?
194) PRESTASI BOLA SEPAK SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Selangor kalah di dalam pertandingan merebut Piala Malaysia 2012. Apakah faktor kekalahan pasukan bola sepak Selangor?
-
Adakah rancangan bagi menyusun kembali pasukan bola sepak Selangor?
-
Apakah insentif yang ditawarkan kerajaan negeri bagi meningkatkan prestasi bola sepak Selangor?
194) TAMAN AGROTEKNOLOGI BESTARI JAYA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Apakah konsep taman agroteknologi ini dari sudut pengeluaran makanan?
-
Kenapa tanah ini dirampas oleh kerajaan negeri dari pengusaha sedia ada?
-
Adakah sebarang pampasan diberikan kepada pengusaha?
194) TANAH RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak tanah ibadat selain Islam yang telah diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara sehingga sekarang?
-
Apakah Jabatan-Jabatan Teknikal yang dimaksudkan dan nyatakan secara ringkas pertimbangan-pertimbangan jabatan ini?
194) JALAN PINTASAN RAWANG
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini Jalan Pintasan Rawang?
-
Nyatakan secara terperinci, kos pembinaan, sumber peruntukan, tempoh projek dan peranan Kerajaan Negeri bagi membina jalan tersebut.
194) PENJAWATAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan penjawatan dari Kerajaan Negeri di JKM Selangor dan jenis jawatan.
-
Berapa bilangan pelindung kanak-kanak di JKM Selangor dan bilangan kes melibatkan kanak-kanak pada tahun 2024?
-
Nyatakan tindakan kerajaan untuk menambah bilangan pelindung kanak-kanak.
194) STATUS TANAH SURAU AL-TAQWANIAH, PAYA JARAS HULU, MUKIM SUNGAI BULOH, DAERAH PETALING
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan telah memasukkan kedalam bajet tahun 2016 bagi membeli tanah surau tersebut?
-
Bilakah proses ini dijangka akan selesai?
194) Penyelesaian ISU Banjir
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Sejak tahun 2018,berapakah spot banjir yang telah berjaya diselesaikan? Mohon statistik mengikut DUN.
-
Apakah tindakan bagi menangani masalah banjir kilat yang kerap kali terjadi sekiranya hujan lebat di Kampung Perepat, Sementa?