193) MASALAH BEKALAN ELEKTRIK
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana Kerajaan Negeri bekerjasama dengan pihak TNB untuk mengenalpasti dan mengatasi masalah bekalan elektrik (Low Voltage)?
-
Apakah perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk memastikan bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi di kawasan pembangunan baru di Selangor, terutamanya di Ijok?
193) STATUS TERKINI PERMOHONAN JALAN KELUAR MASUK DI TAMAN DOLOMITE TEMPLER
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini permohonan jalan keluar masuk di Taman Dolomite Templer?
193) MEMBINA PUSAT TRANSIT DAN PERLINDUNGAN KUCING MPAJ
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah pusat ini akan beroperasi dan apa kaitannya dengan usaha serta kempen untuk membasmi penderaan dan penganiayaan terhadap kucing?
-
Apakah pusat ini akan menjadi pusat menjalan kaedah kembiri dan micro-chipping?
193) STATUS PEMBAIKPULIHAN KEROSAKAN INFRA DI JALAN FT29, FT31, FT32, DAN FT214
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Apakah status dan jumlah peruntukan yang diperuntukan bagi membaikpulih infrastruktur jalan, lampu dan keadaan longkang di sepanjang jalan-jalan tersebut?
193) STATUS KLANG SENTRAL
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
-
Siapakah pihak yang bertanggungjawab ke atas kawasan Klang Sentral termasuk stesen bas?
-
Mengapakah keadaan kawasan ini terlalu uzur?
-
Apakah tindakan tegas yang boleh diambil oleh kerajaan?
193) PREMIS PERNIAGAAN TANPA LESEN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Sudah dua tahun lebih pemerintahan PAKATAN RAKYAT memerintah negeri Selangor, dalam konteks perniagaan masih banyak premis-premis perniagaan tanpa lesen. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengadakan sistem Pemutihan bagi peniaga-peniaga ini?
-
Apakah dasar Kerajaan dalam pemberian lesen kepada peniaga-peniaga ini?
193) UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Berapakah pendapatan UNISEL pada tahun 2011?
-
Adakah pendapatan UNISEL merosot? Jika ia kenapa?
193) PELAKSANAAN USUL DEWAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Dewan telah meluluskan usul menangguhkan projek Langat 2 sehingga penstrukturan industri air diselesaikan. Bagaimanakah kerajaan negeri melaksanakan usul ini sedangkan projek Langat 2 telah dimulakan?
-
Apakah wujud konflik antara kuasa eksekutif dan kuasa legislatif dalam hal ini?
193) DASAR PEMILIKAN TANAH/RUMAH
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Adakah pemberian geran hak milik tanah kediaman dengan pembayaran RM 1000 bercanggah dengan kanun tanah negara atau mana-mana akta tanah?
-
Berapakah anggaran kekurangan kutipan bawah tajuk pelupusan tanah setiap tahun di PTG negeri?
-
Apakah syarat-syarat yang dikenakan dalam perlaksanaan dasar tersebut?
193) KENAIKAN CUKAI PINTU
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah dan tahun kenaikan cukai pintu dari 2008 sehingga kini
-
Apakah Kerajaan Negeri akan menaikan kadar cukai pintu pada masa akan datang?