193) SISTEM PEMBENTUNGAN TERBIAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Adakan Kerajaan Negeri sedia membantu 400 penduduk di Lembah Beringin dan 200 penduduk di Taman Seri Rasa, Hulu Selangor yang menghadapi masalah sistem pembetungan terbiar memandangkan pemaju asal tidak menyerahkan kepada Indah Water Konsortium (IWK) untuk kerja-kerja penyelenggaraan? yang diumumkan dalam Bajet 2015 pada 10 Oktober 2014.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri boleh dilakukan terhadap Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang tidak dapat menyelesaikan masalah sistem pembetungan terbiar kedua-dua tempat perumahan tersebut sejak 2010?
193) PROGRAM SMART SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor berpuas hati dengan program Smart Selangor setakat ini?
-
Apakah program yang telah berjalan?
-
Apakah perancangan jangka panjang program ini?
193) PENEMPATAN PEKERJA ASING
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah penempatan pekerja asing disyaratkan dalam kelulusan Kebenaran Merancang pembinaan industri baru?
-
Adakah larangan atau kebenaran penempatan mereka di kawasan kediaman penduduk tempatan?
-
Adakah kajian atau laporan gejala sosial pelacuran, arak, dadah dan jenayah kesan daripada penempatan warga asing ini di Meru?
193) PUSAT REKREASI KELUARGA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan bagi menaiktaraf pusat rekreasi keluarga di Selangor?
-
Nyatakan tindakan Kerajaan Negeri bagi mempromosikan pusat rekreasi DI Selangor.
193) KAWASAN PERINDUSTRIAN DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan lokasi kawasan perindustrian di Selangor mengikut PBT
-
Adakah Kerajaan Negeri melakukan kajian terhadap kesan alam sekitar di kawasan-kawasan perindustrian?
193) PEMBAHARUAN TEMPOH PAJAKAN TANAH KEDIAMAN
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah statistik pembaharuan tempoh pajakan tanah di kawasan Bukit Gasing setiap tahun daripada 2013 - 2017?
-
Berapa peratus yang mengambil skim premium tanah RM1000?
193) SKIM GUARDED & GATE COMMUNITY
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Mencadangkan supaya satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji semula dan menambahbaik dari masa ke semasa garis panduan skim Ò Guarded & Gate Community Ò yang sedia ada supaya keselamatan di kawasan kediaman lebih terjamin di samping mengurangkan perselisihan antara penduduk semasa pelaksanaan skim tersebut.
193) MEMAKSIMAKAN PENDAPATAN KERAJAAN
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan untuk memaksimakan pendapatan kerajaan melalui kutipan hasil cukai dan urus niaga berkaitan tanah di Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) dan Pejabat Tanah Galian Selangor (PTGS) ?
193) USAHA MENARIK PELABURAN SKALA BESAR KE SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha-usaha jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Negeri bagi menarik pelabur-pelabur asing dan tempatan berskala besar melabur di Selangor?
-
Apakah peluang dan halangan yang di hadapi oleh Negeri Selangor?
193) PERMOHONAN RIBI PERSATUAN PENGANUT2 HINDU SRI SITTHI VINAYAGAR BANDAR SAUJANA PUTRA JENJAROM
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan permohonan tapak tanah RIBI untuk membina sebuah kuil Hindu yang dikemukakan oleh Persatuan Penganut-penganut Hindu Sri Sitthi Vinayagar Bandar Saujana Putra Jenjarom sejak bulan Januari 2015?
-
Adakah lokasi yang dipohon di SP8, Bandar Saujana Putra bersaiz 0.637 ekar di Lot 26141(PT24389) sesuai di pohon sebagai tapak RIBI, khususnya kuil?
-
Setakat ini ada mana-mana pihak lain memohon tapak ini sebagai RIBI?