192) INSTITUT DARUL EHSAN (IDE)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua kajian yang telah dilakukan oleh IDE dari 2015-2016.
-
Berapakah jumlah peruntukan atau geran tahunan yang diperuntukan untuk operasi IDE?
-
Nyatakan jumlah keseluruhan kakitangan IDE.
192) STATUS PEMILIKAN BALAI RAYA, KOMPLEKS PENGHULU DI DUSUN TUA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pemilikan balai raya dan kompleks penghulu yang ada di Dusun Tua?
-
Terdapat balai raya yang mempunyai tunggakan bil utiliti memandangkan ianya dibawah seliaan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, apakah usaha bagi penyelesaian isu ini?
192) HOME ASSESTMENT TOOLS
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri tidak merancang untuk memperluaskan Home Assessments Tools kepada semua penjawat awam yang berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19?
193) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Berapa lama tindakan diambil atau maklum balas terhadap setiap aduan yang dibuat oleh masyarakat berkaitan dengan kerosakan infra atau bencana alam?
-
Apakah bantuan sumbangan kemasyarakatan oleh PBT kawasan kepada penduduk yang terjejas dimasa pandemik COVID-19?
193) DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Dapatan kertas putih penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) sepertimana yang telah diusulkan dan diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor pada sidang Ogos 2015 dan bila akan dibentangkan
193) KAWASAN PENANAMAN PADI YANG SEMAKIN MENGECIL
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar kerajaan terhadap tindakan pesawah yang menukar penanaman padi kepada tanaman lain yang lebih memberi keuntungan?
-
Apakah usaha kerajaan dalam mengekang tindakan atau trend dari terus berlaku?
193) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah unit Rumah Selangorku terkini yang telah berjaya diserahkan kuncinya kepada pemohon.
-
Senaraikan projek Rumah Selangorku yang bermasalah
-
Apakah pelan tindakan yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini?
193) PENYELARASAN KERJA OLEH PIHAK AGENSI SEPERTI PBT, JKR, AIR SELANGOR, TELEKOM MALAYSIA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
-
Adakah pihak agensi mempunyai penyelarasan kerja-kerja berkala yang dilakukan bagi sesuatu pembaikan atau pembinaan khususnya yang melibatkan penurapan jalan raya?
-
Terdapat beberapa kawasan yang telah diturap sempurna oleh agensi,namun
terdapat agensi lain yang membuat pengorekan dan penampalan tidak sempurna. Apakah langkah penyelesaian ini?
193) KUTIPAN CUKAI TANAH DAN PREMIUM
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan hasil Kerajaan Negeri bagi hasil tanah dan premium mengikut daerah bagi tahun 2020 dan terkini November tahun 2021. Selain kutipan hasil premium tanah, nyatakan mengikut pecahan hasil Kerajaan Negeri yang lain bagi tahun 2019, 2020 dan sehingga November 2021?
193) RUMAH IBADAT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kuil Hindu, Tokong Cina, Surau, Masjid & Gereja di dalam DUN Lembah Jaya?
-
Senaraikan bilangan rumah ibadat yang berdaftar dan tidak berdaftar di DUN Lembah Jaya
-
Nisbahkan bilangan rumah-rumah ibadat tersebut dengan bilangan penganut masing-masing, huraikan memenuhi keperluan atau melebihi keperluan mengikut agama