192) STATUS TERKINI PROJEK MENAIKTARAF B148 JALAN TELOK GONG, PELABUHAN KLANG
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini Projek Menaiktaraf Jalan Negeri B148 Sepanjang 6.2 KM dari Glenmarie Cove sehingga Jalan Ikan Tenggiri, Telok Gong, Pelabuhan Klang?
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat menyiapkan projek tersebut mengikut garis masa yang telah ditetapkan?
192) PERUNTUKAN UNTUK MEMBANGUN BELIA ISLAM
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan yang dirancang untuk di sumbangkan kepada Kelab Remaja Masjid untuk jayakan program pembangunan belia produktif?
-
Apakah mekanisme inklusif yang boleh melibatkan pimpinan setempat termasuk wakil rakyat untuk membentuk remaja Rabbani?
-
Apakah dan berapakah anggaran peruntukan untuk menyediakan kelengkapan kemudahan aktiviti belia di masjid/surau?
192) PELARIAN UNCHR DI SELANGOR TINGGAL DI RUMAH PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Apakah pelan tindakan Kerajaan Negeri berkenaan pelarian-pelarian memegang kad UNCHR semakin bertambah yang berpuluh-puluh tinggal di rumah pangsapuri kos rendah yang sama?
-
Sama ada terdapat mekanisma untuk menangani cabaran ini yang telah membebankan JMB/MC dalam pengurusan sampah dan sebagainya
192) PENUTUPAN KLINIK 1 MALAYSIA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan melantik mana-mana klinik sebagai ganti kepada penutupan Klinik 1 Malaysia yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan?
-
Berapakah kos dianggarkan jika klinik panel dilantik bagi tujuan tersebut
192) BANGUNAN YAYASAN SELANGOR BUKIT BINTANG
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kehilangan pendapatan dari bangunan tersebut dari 2015-2017.
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan bagi penyelenggaraan bangunan tersebut dari 2015-2017.
192) JANJI MANIFESTO
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan negeri berhasrat menggugurkan manifesto PRU-12 yang gagal dilaksanakan?
-
Apakah manifesto yang masih diteruskan oleh kerajaan negeri?
192) KEBAJIKAN GURU KAFA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Selain dari kenaikan gaji yang bakal dinikmati di 2016, apakah ada sebarang intensif untuk Guru KAFA ini?
192) PEMILIHAN AHLI-AHLI MAJLIS
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Mengapakah JP-PBT tidak diberi mandat untuk pemilihan calon-calon Ahli Majlis?
-
Sila nyatakan secara jelas dan terperinci apakah kaedah-kaedah yang digunakan untuk pemilihan Ahli Majlis.
192) PROJEK LEBUHRAYA SUKE
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Berapakah keluasan hutan yang terlibat dalam Projek Lebuhraya SUKE?
-
Berapakah pampasan yang dibayar oleh Syarikat Konsesi Lebuhraya SUKE?
-
Adakah kertas kerja projek Lebuhraya SUKE mematuhi semua piawaian keselamatan, alam sekitar dan undang-undang?
192) JAWATANKUASA TETAP PERUMAHAN DAN KEHIDUPAN BANDAR
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Senaraikan program baharu di bawah Portfolio tersebut.
-
Nyatakan status untuk program-program yang telah dilaksanakan sebelum ini.