191) PAIP JALAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Berkenaan projek pelebaran Jalan B48 dari Jenderam Hulu hingga Pekan Sepang, adakah JKR memindahkan paip sedia ada ke tepi jalan atau menggantikan paip yang baru?
191) PERTUKARAN NAMA TAMAN PERUMAHAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bersetuju menukarkan nama Taman Perumahan Angkasa, Bandar Mahkota Banting kepada Taman Brooklands di atas permintaan ramai oleh penduduk yang berupa juga bekas peladang Brooklands?
191) PEKERJA LADANG
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri Selangor masih tiada suatu enakmen yang jelas yang mengarahkan tuan punya ladang untuk membina rumah sendiri untuk para pekerja nya agar isu perumahan tidak timbul jika sesuatu ladang tersebut dibangunkan dan pekerjanya dihentikan kerja? ApakahÐapakah langkah terkini Kerajaan Negeri untuk menangani masalah ini dan bilakah suatu enakmen yang jelas mengenai perumahan pekerja ladang akan dibentuk ?
191) GUGUSAN EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan strategi dan aktiviti yang diaturkan untuk Gugusan Ekonomi Selangor
-
Status terkini membentuk Gugusan Industri Terpilih dan Industri Perkhidmatan bagi kawasan Telok Panglima Garang, Rawang, Kuang, Bernam Jaya dan Lembah Beringin.
191) SALAH SATU DARIPADA KOS OPERASI PIHAK KERAJAAN DAN INDIVIDU ADALAH KOS BEKALAN ELEKTRIK
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Bertulis
-
Apakah strategi kerajaan untuk menggalakkan penggunaan tenaga solar di rumah dan bangunan awam di kawasan luar bandar?
191) BINAAN REMP ATAU BANGUNAN DI ATAS TANAH REZAB/PARIT/LONGKANG
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Adakah pihak penguatkuasa PTD Klang dan MPK berhasrat untuk menguatkuasakan Akta 133 di Meru kepada peniaga/penduduk yang membina remp/bangunan sehingga menutup longkang/parit dan menjadikan aliran air tidak lancar sehinga menyebabkan longkang tersumbat dengan sampah dan antara punca banjir kilat?
191) PENGANGKUTAN AWAM YANG MAMPAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam memperluaskan akses pengangkutan awam, di kawasan luar dan pinggir bandar, bagi memastikan mobiliti yang lebih cekap dan mesra alam?
-
Apakah pengangkutan awam di kawasan tersebut tidak dapat sambutan seperti dijangka disebabkan penggunaan kenderaan persendirian?
191) YAYASAN BASMI KEMISKINAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah aset baik dalam bentuk tanah ataupun kewangan yang disumbangkan kepada Yayasan Basmi Kemiskinan tetapi kini dibekukan dan dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Selangor?
-
Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi memantau dan memastikan bahawa sumbangan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada manamana badan kebajikan adalah digunakan secara sebaiknya?
191) JANJI AIR PERCUMA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri tersilap langkah dan tidak sanggup menunaikan janji air percuma kepada setiap rakyat?
-
Adakah kerajaan negeri bersetuju bahawa mereka gagal menunaikan janji memberi air percuma pada setiap rakyat?
191) PENCERAIAN DI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah penceraian di Selangor dari tahun 2008 hingga kini mengikut daerah dan umur?
-
Apakah usaha kerajaan negeri bagi menangani peningkatan kes penceraian di Selangor?