191) BANTUAN PERNIAGAAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bantuan perniagaan di bawah insiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk golongan muda dan golong B40?
191) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Perincian lengkap aset milik Kerajaan Negeri yang telah diambilalih oleh Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB), amaun telah diterima daripada PAAB dan nilai pampasan ekuiti telah dibuat kepada setiap syarikat konsesi yang setuju diambilalih serta status terkini Perjanjian Induk dan Tambahan
191) TEKSI AIR DI SUNGAI KLANG
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan dapat merancang untuk menambah teksi air (water taxi) di Sungai Klang?
-
Jika ya, nyatakan tarikh akan mula. Jika tidak, nyatakan sebab-sebab.
191) MENANGANI KENAIKAN KOS SARA HIDUP
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif baharu Kerajaan Negeri bagi membantu rakyat Selangor menghadapi isu kenaikan kos sara hidup?
-
Apakah usahasama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi menangani masalah tersebut?
191) BANTUAN SEKOLAH KERAJAAN SELANGOR BAGI SAR, SJKC, SJKT DAN TAHFIZ
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah dapat ditingkatkan proses maklum balas permohonan berjaya atau tidak?
-
Bagaimanakah dipastikan setiap bantuan diguna seperti dipohon?
-
Senaraikan penuh sekolah serta jumlahnya, telah menerima bantuan sejak 2009 hingga 2015.
191) PEMBANGUNAN SELANGOR FC
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan MBI untuk membangunkan semula Selangor FC?
-
Senaraikan ahli lembaga pengarah dan pengurusan Selangor FC?
191) PELANCONGAN ILMU
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Sebagai `Bangi Bandar Ilmu` apakah rancangan kerajaan negeri mempromosikan Bangi Bandar Ilmu
-
Tidakkah wajar `Bangi Bandar Ilmu` dijadikan destinasi pelancongan terutama Pelancongan Ilmu
-
Bilakah janji PKNS mahu mewujudkan `Books mall` dan Dewan Persidangan dapat diadakan?
191) HUTAN SIMPAN KEKAL KUALA LANGAT UTARA
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan negeri akan meneruskan pemansuhan status hutan simpan kekal tersebut?
-
Apakah alasan-alasan kerajaan negeri untuk pemansuhan status tersebut?
191) INFRASTRUKTUR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Di sesetengah kawasan terutamanya Pelabuhan Klang, keadaan jalan rayanya boleh diibaratkan seperti Ôkek lapisÕ bila mana ia hanya ditampal dan dibaik pulih berulang kali apabila berlopak, berlubang dan berpasir. Ia hanya boleh bertahan selama kurang dari 2 bulan, kemudian jalan raya tersebut akan mengalami kerosakan semula. Tiadakah perancangan jangka panjang dari PBT yang tidak merugikan Kerajaan Negeri bagi mengkaji semula struktur jalan atau menaik taraf jalan-jalan tersebut kerana ini boleh mengundang kepada kemalangan jalan raya khususnya kepada penunggang motosikal?
-
Nyatakan jalan-jalan yang telah dibaik pulih dan dinaiktarafkan oleh PBT khususnya di kawasan Pelabuhan Klang.
-
Apakah bentuk tindakan kepada kontraktor yang tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan dalam erti kata lain, kerja yang disiapkan tidak mengikut spesifikasi?
191) TERDAPAT PERMINTAAN TINGGI UNTUK MEMASUKI MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS (MITS) SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapa jumlah permohonan diterima setiap tahun dari 2008 hingga 2014 ?
-
Berapa jumlah pelajar di terima masuk setiap tahun dari 2008 hingga 2014 ?
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk menambah bilangan MITS di Negeri Selangor ?